Connect with us

Terkini

Jemaah haji terpaksa tunggu 130 tahun kerana subsidi – Mantan CEO Tabung Haji

Pemberian subsidi haji menyebabkan ada golongan jemaah haji yang mampu dan cukup syarat wajib haji terpaksa menunggu 130 tahun untuk ke Tanah Suci.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Jemaah haji terpaksa tunggu 130 tahun kerana subsidi - Mantan CEO Tabung Haji
Foto: Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
  • Pemberian subsidi haji menyebabkan ada golongan jemaah haji yang mampu dan cukup syarat wajib haji terpaksa menunggu 130 tahun untuk ke Tanah Suci.
  • Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, berkata sekiranya sekarang seorang bayi dilahirkan lalu ibunya pergi daftar buka akaun tabung haji dengan bayaran RM1,300 sebagai deposit minima maka bayi ini akan diberitahu boleh pergi haji pada 130 tahun nanti.
  • Datuk Nik Hasyudeen berkata, dalam tempoh 130 tahun itu berkemungkinan ada jemaah haji yang mampu malah dari sudut pandang agama pula mereka sudah dikira wajib tunaikan haji berbanding yang belum mampu.
  • Situasi ini didorong oleh subsidi haji, bayaran pendaftaran hanya RM1,300 serta semua golongan boleh berdaftar tanpa mengira kedudukan mereka.
  • “Jadi ini bagi saya satu perkara yang kita tidak boleh tutup mata. 130 tahun ini isu besar kesan daripada polisi ini menyebabkan rakyat Malaysia beragama Islam yang layak dan mampu kena tunggu melebihi jangka hayat mereka,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pemberian subsidi haji menyebabkan ada golongan jemaah haji yang mampu dan cukup syarat wajib haji terpaksa menunggu 130 tahun untuk ke Tanah Suci.

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, berkata sekiranya sekarang seorang bayi dilahirkan lalu ibunya pergi daftar buka akaun tabung haji dengan bayaran RM1,300 sebagai deposit minimal maka bayi ini akan diberitahu boleh pergi haji pada 130 tahun nanti.

Datuk Nik Hasyudeen berkata, dalam tempoh 130 tahun itu juga berkemungkinan ada jemaah haji yang mampu malah dari sudut pandang agama pula mereka sudah dikira wajib tunaikan haji berbanding yang belum mampu.

Katanya, tempoh menunggu yang panjang itu didorong oleh subsidi haji, bayaran pendaftaran hanya RM1,300 serta semua golongan boleh berdaftar tanpa mengira kedudukan mereka.

“Jadi inilah suasana yang menimbulkan perbincangan dari segi istito’ah ataupun kemampuan sebab secara amnya kita faham bahawa haji ini hanya diwajibkan kepada orang yang cukup syarat dari segi kesihatan, keselamatan perjalanan dan cukup wang ringgit.

“Dan kenapa kena tunggu 130 lebih? Sebab subsidi. Nak daftar hanya bayar RM1,300 dan semua orang boleh daftar tidak kira kedudukan mereka. 

“Jadi ini bagi saya satu perkara yang kita tidak boleh tutup mata. 130 tahun ini isu besar kesan daripada polisi ini menyebabkan rakyat Malaysia beragama Islam yang layak dan mampu kena tunggu melebihi jangka hayat mereka,” katanya ketika ditemu bual dalam program Di Sebalik Isu Bersama FY terbitan Sinar Harian menerusi topik ‘Mampukah Tabung Haji terus subsidi jemaah?’ yang dihoskan Finaz Yunus.

Turut menjadi panelis pada program itu ialah pendakwah bebas, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin.

Mengulas lanjut, Datuk Nik Hasyudeen berkata isu ini wajar dibahaskan dengan segera dengan mengadakan muzakarah untuk mencari penyelesaian serta mengeluarkan satu pandangan bagi membolehkan bakal haji yang sudah mampu dapat ke tanah suci dan sekiranya ada ruang maka baru dibolehkan kepada individu lain.

Katanya, sekiranya permasalahan ini tidak diselesaikan maka anak-anak muda Islam di Malaysia juga tiada inisiatif untuk menabung kerana secara atas kertas sememangnya mereka tiada peluang mengerjakan haji. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *