Connect with us

Terkini

‘Subsidi’ haji guna duit pendeposit TH bukan dari kerajaan?

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah meluluskan 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi 1444H/2023M.
Itu sudah pasti satu berita gembira yang dinantikan bakal haji selepas tahun lalu Malaysia hanya menerima kuota sebanyak 14,306 orang iaitu

Hidayah Sani

Published

on

‘Subsidi’ haji guna duit pendeposit TH bukan dari kerajaan?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah meluluskan 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi 1444H/2023M.

Itu sudah pasti satu berita gembira yang dinantikan bakal haji selepas tahun lalu Malaysia hanya menerima kuota sebanyak 14,306 orang iaitu 45 peratus sahaja daripada jumlah asal sejumlah 31,600 orang yang pernah ditetapkan pada 2020.

Bagaimanapun, seiring berita gembira ini satu luahan dibuat mantan CEO Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkenaan situasi kritikal sedang dihadapi institusi Islam itu iaitu bayaran haji.

Bayaran haji adalah sejumlah wang yang dibayar seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagaimanapun bayaran haji adalah lebih rendah daripada kos sebenar menunaikan ibadat itu.

Nik Hasyudeen berkata, setelah dibekukan untuk tempoh lebih sepuluh tahun, bayaran haji dinaikkan sebanyak RM 10,980 kepada jemaah B40 dan RM 12,980 kepada jemaah lain berbanding kos asal haji yang mencapai RM 28,632 di musim lalu.

“Ini bermakna jemaah B40 hanya membayar 38 peratus dari kos haji manakala jemaah lain membayar hanya 45 peratus dari kos haji sebenar. 

“Jurang di antara bayaran diterima dengan kos sebenar ini ditanggung pendeposit TH dengan mengambilnya dari keuntungan pelaburan dibuat menggunakan dana dikumpulkan TH dari pendeposit. 

“TH tidak mempunyai dana sendiri walaupun satu sen,” katanya yang turut mengatakan bahawa apabila Malaysia mendapat kuota tambahan, kos akan meningkat kepada tahap lebih tinggi kerana kebiasaanya makluman berkenaan kuota disampaikan ketika hampir musim haji. 

Katanya, TH mungkin boleh merancang lebih awal, tetapi harga sewa hotel dan kos penerbangan akan memuncak di ketika itu hingga menyebabkan lebih banyak keuntungan pendeposit perlu digunakan sebagai “subsidi”.

Menyentuh soal ‘subsidi’ beliau turut mengatakan berlakunya salah faham dalam kalangan sesetengah pihak yang beranggapan ‘subsidi’ itu datangnya dari kerajaan sedangkan kali pertama dan terakhir subsidi dari kerajaan adalah pada tahun 2001 (tidak silap beliau) yang makna kerajaan memberi subsidi sebanyak RM500 setiap jemaah.

Selepas itu, perbezaan di antara kos sebenar haji dan bayaran diterima dari jemaah yang lebih rendah ditanggung para pendeposit TH secara berjemaah namun malangnya ia diwar-warkan sebagai “subsidi”. 

Pada asalnya sebelum ada TH, selepas ditubuhkan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji Malaya dan kemudiannya wujudnya Lembaga Urusan Tabung Haji, nenek, moyang kita, mereka kena mengumpulkan duit yang secukupnya untuk membayar kos haji mereka.

Selagi simpanan belum cukup dan berkemampuan, maka mereka tidak akan dapat mengerjakan ibadat itu.

Terpaksa tunggu 130 tahun, untuk tunaikan haji

Situasi di atas juga, sebenarnya menjadi penyumbang kepada berlakunya ada deposit yang daftar haji didakwa perlu menunggu sehingga 130 tahun antaranya disebabkan faktor kuota seperti mana dilaporkan Sinar Harian.

Apa yang merisaukan adalah dalam tempoh menunggu lama itu mereka berkemungkinan sudah meninggal dunia. 

Ada beberapa perkara menyebabkan tempoh menunggu ini panjang antaranya disebabkan situasi sekarang di mana  sekalipun kos RM28,000 tetapi jemaah hanya bayar RM13,000, maknanya ramailah orang yang mampu mengerjakan haji (jika hanya perlu bayar RM13,000).

Kesudahannya, orang berdaftar makin lama makin panjang sedangkan kalau kita menaikkan bayaran ke kos sebenar seperti mana nenek moyang kita lakukan (sebelum wujudnya subsidi), mungkin jumlah senarai menunggu makin pendek.

Berikutan situasi ini, ada pihak mencadangkan bakal haji ini membuat bayaran haji yang sepatutnya dikenakan sama dengan kos haji dibayar TH (kos sebenar) sekaligus golongan ini tidak lagi boleh terlalu mengharapkan bantuan kewangan untuk menunaikan ibadat itu.

Ini juga seiring dengan pendekatan maqasid syariah (matlamat dalam setiap hukum syarak) yang mana antara kewajipan menunaikan fardu haji adalah bagi mereka berkemampuan termasuk dari sudut kewangan.

Malangnya, ada bakal haji mengakui bahawa sekiranya tanpa bantuan diberikan TH maka sememangnya mereka tidak mampu untuk membayar keseluruhan kos tambahan haji yang dikenakan kerajaan Arab Saudi di musim sekarang.

Bagaimanapun, sekiranya bakal haji ini benar-benar memahami konsep berkemampuan mengikut lunas Islam, pasti secara tidak langsung mereka dapat membantu mengurangkan beban kos subsidi ditanggung TH.

Jika  benar-benar masih belum berkemampuan, tidak perlulah memaksa diri mengerjakan haji kerana bakal haji perlu sedar bahawa perbelanjaan sebenar mengerjakan ibadah haji adalah tanggungjawab mereka sepenuhnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending