Connect with us

Terkini

Jemaah diingatkan tidak guna ‘helah’ pakai Ihram lakukan tawaf sunat

Jemaah haji lelaki dinasihatkan supaya tidak melakukan taktik memakai ihram semata-mata untuk melakukan tawaf sunat di Mataf iaitu kawasan persekitaran Kaabah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Lembaga Tabung Haji (TH), Ustaz Suhaimi Samad.
  • Jemaah haji lelaki dinasihatkan supaya tidak melakukan taktik memakai ihram semata-mata untuk melakukan tawaf sunat di Mataf iaitu kawasan persekitaran Kaabah.
  • Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Lembaga Tabung Haji (TH), Ustaz Suhaimi Samad berkata walaupun dari segi hukum ibadah itu sah, namun ia tetap salah dari segi adab kerana menipu untuk beribadah. 
  • “Saya banyak terima persoalan apakah hukum kalau jemaah tidak buat umrah, tetapi pakai ihram untuk membolehkan dia tawaf di Mataf. Memang tidak boleh sebab pihak berkuasa Arab Saudi telah menetapkan tawaf di Mataf hanya dibolehkan untuk mereka yang berniat umrah.
  • “Memang dari segi hukum ia sah tetapi dari segi adab, dia telah menipu dengan berpakaian ihram semata-mata untuk tawaf sunat di Mataf. Kalau nak buat ibadah, saya nasihatkan jemaah ikut saja peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa.
  • “Mudah-mudahan kita dapat pahala dan ibadah kita diterima,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini baru-baru ini.

MAKKAH – Jemaah haji lelaki dinasihatkan supaya tidak melakukan taktik memakai ihram semata-mata untuk melakukan tawaf sunat di Mataf iaitu kawasan persekitaran Kaabah.

Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Lembaga Tabung Haji (TH), Ustaz Suhaimi Samad berkata walaupun dari segi hukum ibadah itu sah, namun ia tetap salah dari segi adab kerana menipu untuk beribadah. 

“Saya banyak terima persoalan apakah hukum kalau jemaah tidak buat umrah, tetapi pakai ihram untuk membolehkan dia tawaf di Mataf. Memang tidak boleh sebab pihak berkuasa Arab Saudi telah menetapkan tawaf di Mataf hanya dibolehkan untuk mereka yang berniat umrah.

“Memang dari segi hukum ia sah tetapi dari segi adab, dia telah menipu dengan berpakaian ihram semata-mata untuk tawaf sunat di Mataf.Kalau nak buat ibadah, saya nasihatkan jemaah ikut saja peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Mudah-mudahan kita dapat pahala dan ibadah kita diterima,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya terdapat kelonggaran bagi jemaah lelaki untuk berbuat demikian melibatkan beberapa situasi termasuk dalam kes suami mahu menemani isterinya menyempurnakan tawaf umrah yang sebelum ini tidak dapat dilakukan kerana haid. 

Pada masa sama, beliau menasihati jemaah haji yang ingin menunaikan tawaf sunat supaya melakukannya di tingkat satu Masjidil Haram bagi mengelakkan kesesakan di Mataf susulan keadaan umat Islam dari seluruh negara telah mula membanjiri masjid itu ketika ini.

“Kalau tidak ada kemampuan hendak berjalan, kita boleh menggunakan perkhidmatan skuter elektrik yang disediakan oleh pihak Masjidil Haram. Harus dingat setiap riyal dibelanjakan akan diberi ganjaran seratus ribu kali ganda,” katanya. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending