Seramai 264 maut dalam 2,203 kemalangan jalan raya sepanjang tujuh hari sambutan Songkran, dari 11 hingga 17 April.
Netizen menuntut hukuman ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian dikenakan hukuman berat seperti nyawa dibayar dengan nyawa dan sebatan.
Cadangan kerajaan mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam menyebabkan berlakunya perdebatan di antara netizen di Twitter.