Connect with us

Antarabangsa

Tujuh hari sambutan Songkran, 264 maut kemalangan jalan raya akibat mabuk

Seramai 264 maut dalam 2,203 kemalangan jalan raya sepanjang tujuh hari sambutan Songkran, dari 11 hingga 17 April.

Wartawan TMT

Published

on

Tujuh hari sambutan Songkran, 264 maut kemalangan jalan raya akibat mabuk
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Timbalan setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri Chotenarin Kerdsom berkata tahun ini, seramai 2,208 orang cedera dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh tujuh hari tersebut.
  • “Bangkok mencatatkan jumlah kematian tertinggi, dengan 22 orang terkorban manakala kecederaan paling banyak dilaporkan di Nakhon Si Thammarat, iaitu seramai 70 orang,” katanya pada sidang media di sini semalam.
  • “Dalam operasi itu, 279,873 kenderaan diperiksa dan 39,611 pesalah trafik ditahan termasuk 11,013 didapati memandu tanpa lesen manakala 10,530 menunggang tanpa topi keledar,” katanya.
  • Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana Boontham Lertsukhikasemsuk juga berkata memandu melebihi had laju dan mabuk adalah punca utama kemalangan jalan raya semasa Songkran.

Bangkok: Seramai 264 maut dalam 2,203 kemalangan jalan raya sepanjang tujuh hari sambutan Songkran, dari 11 hingga 17 April.

Timbalan setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri Chotenarin Kerdsom berkata tahun ini, seramai 2,208 orang cedera dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh tujuh hari tersebut.

“Bangkok mencatatkan jumlah kematian tertinggi, dengan 22 orang terkorban manakala kecederaan paling banyak dilaporkan di Nakhon Si Thammarat, iaitu seramai 70 orang,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Chotenarin berkata sepanjang kempen tujuh hari itu, pihak berkuasa telah mewujudkan 1,869 pusat pemeriksaan di seluruh negara.

“Dalam operasi itu, 279,873 kenderaan diperiksa dan 39,611 pesalah trafik ditahan termasuk 11,013 didapati memandu tanpa lesen manakala 10,530 menunggang tanpa topi keledar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana Boontham Lertsukhikasemsuk berkata memandu melebihi had laju dan mabuk adalah punca utama kemalangan jalan raya semasa Songkran.

“Majoriti kematian dan kecederaan berpunca daripada individu yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Guinea Bissau tarik balik kebenaran bendera, kapal Freedom Flotilla ‘dihalang’ belayar ke Gaza

Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sidang Media Freedom Flotilla Coalition (FFC).
  • Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.
  • Perkara itu diumumkan FFC pada petang Jumaat sebelum selesainya pemeriksaan salah satunya kapal kargonya yang sudah dimuatkan dengan lebih 5000 tan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza.
  • “Pada petang Khamis, FFC dihubungi GBISR meminta untuk memeriksa kapal utama kami – Akdenez. Ini permintaan yang sangat luar biasa kerana kapal kami sudah pun lulus semua pemeriksaan yang diperlukan; namun begitu, kami bersetuju. Pemeriksanya tiba pada hari Khamis.
  • “Pada petang Jumaat sebelum pemeriksaan selesai, GBISR dalam langkah politik yang jelas memaklumkan FFC bahawa ia telah menarik bendera Guinea Bissau dari dua kapal FFC, salah satunya adalah kapal kargo kami yang sudah dimuat dengan lebih 5000 tan bantuan penyelamat nyawa untuk rakyat Palestin di Gaza,” kata FFC dalam kenyataan.
  • FFC mengakui tanpa bendera terbabit, pelayaran tidak dapat diteruskan tetapi perkara itu tidak akan mematahkan semangat misi mereka untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza.

Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.

Perkara itu diumumkan FFC pada petang Jumaat sebelum selesainya pemeriksaan salah satunya kapal kargonya yang sudah dimuatkan dengan lebih 5000 tan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza.

“Pada petang Khamis, FFC dihubungi GBISR meminta untuk memeriksa kapal utama kami – Akdenez. Ini permintaan yang sangat luar biasa kerana kapal kami sudah pun lulus semua pemeriksaan yang diperlukan; namun begitu, kami bersetuju. Pemeriksanya tiba pada hari Khamis.

“Pada petang Jumaat sebelum pemeriksaan selesai, GBISR dalam langkah politik yang jelas memaklumkan FFC bahawa ia telah menarik bendera Guinea Bissau dari dua kapal FFC, salah satunya adalah kapal kargo kami yang sudah dimuat dengan lebih 5000 tan bantuan penyelamat nyawa untuk rakyat Palestin di Gaza,” kata FFC dalam kenyataan.

FFC mengakui tanpa bendera terbabit, pelayaran tidak dapat diteruskan tetapi perkara itu tidak akan mematahkan semangat misi mereka untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza.

“Walau bagaimanapun, tanpa bendera, kami tidak boleh berlayar. Tetapi, ini bukanlah penghujungnya. Israel tidak dapat dan tidak akan menghancurkan tekad kami untuk memecah pengepungan haram dan mencapai rakyat Gaza. 

“Rakyat Gaza dan seluruh (rakyat) Palestin tetap teguh di bawah keadaan mengerikan yang tidak dapat dibayangkan. 

“Kami mengambil kekuatan dari keupayaan luar biasa mereka yang tidak dapat dijelaskan dalam pengekalan kemanusiaan, maruah, dan harapan mereka ketika dunia tidak memberi alasan untuk mereka berbuat demikian.

“Ini adalah tanggungjawab kita untuk mengekalkan harapan itu hidup. Kami akan berlayar,” kata FFC.

Aktivis dari 30 negara, termasuk Malaysia, berkumpul di Istanbul bermula 18 April untuk persiapan terakhir misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024“.

Tarikh pelayaran asalnya sebelum ini ditetapkan pada 21 April dan kemudian ditangguhkan sebanyak dua kali kepada 24 April dan 26 April. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending