Connect with us

Terkini

Pemandu mabuk meningkat lapan kali ganda, kerajaan digesa haramkan jualan arak di Malaysia

Cadangan kerajaan mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam menyebabkan berlakunya perdebatan di antara netizen di Twitter.

Hidayah Sani

Published

on

Pemandu mabuk meningkat lapan kali ganda, kerajaan digesa haramkan jualan arak di Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Cadangan kerajaan mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam menyebabkan berlakunya perdebatan di antara netizen di Twitter.
  • Pemilik akaun Twitter, Ritze Zephro menulis ciapan, “Saya sokong.….. Kerajaan sekarang perlu laksana hadkan pembelian ala QR code. Sekarang banyak pemandu mabuk dan peminum bawah umur termasuk golongan muslim.”
  • “Tapi jualan sebelum pukul 10 pun Ramesh orang boleh beli sebelum waktu itu dah minum dan mabuk tengah malam. Yang perlu kita halang pemandu mabuk dan orang mabuk di kawasan rumah. Kena cuba cari solusi yang baik untuk masalah tu,” ciap pemilik akaun Twitter, Mash.

KUALA LUMPUR – Cadangan kerajaan mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam menyebabkan berlakunya perdebatan di antara netizen di Twitter.

Ini berikutan, ada di antara mereka yang menyokong namun ada juga yang menganggap cadangan itu tidak bernas.

Pada 7 Januari lalu,  Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu mengeluarkan cadangan tersebut berikutan katanya, pengambilan arak selepas waktu larut malam biasanya akan berlebihan sekali gus menyebabkan risiko berlaku kemalangan jalan raya, pergaduhan dan jenayah.

Menurut netizen yang menyokong, cadangan itu dilihat satu permulaan baik bagi mendidik masyarakat dan mengawal pengambilan minuman keras berlebihan sehingga boleh menyebabkan berlaku permasalahan pemandu mabuk dan sebagainya.

Pemilik akaun Twitter, Ritze Zephro menulis ciapan, “Saya sokong.….. Kerajaan sekarang perlu laksana hadkan pembelian ala QR code. Sekarang banyak pemandu mabuk dan peminum bawah umur termasuk golongan muslim.”

“Untuk permulaan, ya. Semua outlets perlu ditutup selepas 10 malam. Tolong jaga keselamatan anak-anak kita di rumah. Semua parti-parti peribadi kat condo-condo perlu permit polis,” ciap pemilik akaun Twitter, Bad_Apple di ruangan komen.

“Baru la rasa Ramesh ini memang ada otak orangnya. Tapi jualan sebelum pukul 10 pun Mesh orang boleh beli sebelum waktu itu dah minum dan mabuk tengah malam. 

“Yang perlu kita halang pemandu mabuk dan orang mabuk di kawasan rumah. Kena cuba cari solusi yang baik untuk masalah tu,” ciap pemilik akaun Twitter, Mash di ruangan komen yang juga tidak dapat menafikan cadangan itu bukanlah penyelesaian terbaik.

Berikutan itu, mereka yang menolak cadangan itu menegaskan arak perlu diharamkan dan disekat terus di Malaysia serta hukuman ke atas pemandu mabuk wajar dipertingkatkan lagi.

Antara ciapan mereka yang menolak cadangan tersebut;

Foto: Tangkap layar balasan komen

Pada November tahun 2021, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan semua pemborong dan peruncit minuman keras di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya dibenarkan menjual bahan itu bermula dari pukul 7 pagi sehingga pukul 9 malam.

Sementara, bagi premis dikategorikan sebagai Rumah Awam Kelas 1 (Pub/Bar/Lounge/ Restoran) kebenaran diberikan bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengah malam.

Dalam pada itu, menurut  Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), pemandu di bawah pengaruh alkohol adalah 13 kali lebih berisiko menyebabkan kemalangan berbanding pemandu yang bebas daripada pengaruh alkohol.

Ketua Pengarah Miros, Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata statistik Polis Diraja Malaysia pada 2017 dan 2018 masing-masing menunjukkan sejumlah 212 dan 191 kes kemalangan jalan raya serta disahkan positif alkohol dan kedua-duanya merekodkan 58 dan 54 kematian iaitu 0.9 peratus daripada keseluruhan statistik kematian jalan raya. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh pada tahun lalu, mendedahkan jumlah pemandu mabuk meningkat lapan kali ganda dalam tempoh empat bulan selepas tahun 2021.

Ini berikutan, bagi tempoh Januari hingga April 2022 sahaja, seramai 759 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi yang dijalankan di sekitar ibu negara. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending