Connect with us

Terkini

Syiah lebih banyak berkorban, bantu Palestin – Syeikh Raisuni

Bekas Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia, Syeikh Dr Ahmad Raisuni berkata kelompok Syiah lebih banyak berkorban dan membantu perjuangan Palestin berbanding aliran Sunni yang dilihat tidak memberikan sumbangan sedemikian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia, Syeikh Dr Ahmad Raisuni.
  • “Kesaksian yang aku mahu tunaikan sekarang dan aku menyeru kepada pelaksanaan tuntutannya untuk membuktikan kebenaran dan ditegakkan keadilan, serta dihapuskan kebatilan dan kekufuran.
  • “Kesaksian itu adalah umat Islam Syiah telah mendukung dan membantu saudara–saudara mujahidin mereka di bumi Palestin dan mereka telah berjuang dengan gigih  serta menghantar bantuan terbaik kepada Palestin dan mereka mengorbankan nyawa, wang, senjata dan telah membuat pengorbanan yang besar. Sedangkan umat Islam Sunni tidak memberikan sumbangan sedemikian,” kata bekas Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia, Syeikh Dr Ahmad Raisuni dipetik Harakahdaily hari ini yang turut memaparkan kenyataan asal beliau dalam bahasa Arab.
  • Beliau tahu dan pasti kesaksiannya itu akan menimbulkan kemarahan bagi mereka yang meragui dan menafikan kebenaran serta mereka akan mengulangi dongeng mereka yang diketahui kepada kita.
  • Kesaksian beliau berkaitan perkara itu perlu dilaksanakan dan diumumkan untuk menafikan berita bohong dan palsu secara zalim dan tidak adil mengenai sokongan Syiah terhadap perjuangan Palestin.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia, Syeikh Dr Ahmad Raisuni berkata kelompok Syiah lebih banyak berkorban dan membantu perjuangan Palestin berbanding aliran Sunni yang dilihat tidak memberikan sumbangan sedemikian.

Syeikh Raisuni berkata kesaksian beliau berkaitan perkara itu perlu dilaksanakan dan diumumkan untuk menafikan berita bohong dan palsu secara zalim dan tidak adil mengenai sokongan Syiah terhadap perjuangan Palestin.

Memetik beberapa ayat al-Quran, beliau berkata apabila seseorang itu ditetapkan sebagai saksi atas sesuatu perkara yang diketahuinya (berilmu dengannya), maka wajib bagi individu itu memberikan keterangan dengan jujur dan sebenar-benarnya.

Katanya, ia perlu dilakukan walaupun keterangan itu menentang diri individu tersebut, keluarganya, sahabatnya atau orang dikasihinya, bahkan sekalipun ketika keterangan berkenaan secara tidak langsung memihak kepada pihak lawan.

“Kesaksian yang aku mahu tunaikan sekarang dan aku menyeru kepada pelaksanaan tuntutannya untuk membuktikan kebenaran dan ditegakkan keadilan, serta dihapuskan kebatilan dan kekufuran.

“Kesaksian itu adalah umat Islam Syiah telah mendukung dan membantu saudara–saudara mujahidin mereka di bumi Palestin dan mereka telah berjuang dengan gigih  serta menghantar bantuan terbaik kepada Palestin dan mereka mengorbankan nyawa, wang, senjata dan telah membuat pengorbanan yang besar. Sedangkan umat Islam Sunni tidak memberikan sumbangan sedemikian,” kata Syeikh Raisuni dipetik Harakahdaily hari ini yang turut memaparkan kenyataan asal beliau dalam bahasa Arab.

Syeikh Raisuni berkata beliau tahu dan pasti kesaksiannya itu akan menimbulkan kemarahan bagi mereka yang meragui dan menafikan kebenaran serta mereka akan mengulangi dongeng mereka yang diketahui kepada kita.

“Tetapi aku berkata kepada mereka: Aku berpegang teguh kepada fakta – fakta yang diyakini dan maklumat yang dipercayai, dan aku tidak peduli dengan kata-kata dan sangkaan jahat yang tidak berasas. Dan aku berkata sepertimana Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah, jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli…”,” katanya. 

Pada April lalu, The Merdeka Times melaporkan Pakar Fiqh dari Fakulti Pengajian Islam, KUIPs, Profesor Dr Basri Ibrahim Al-Azhari menjelaskan bahawa umat Islam perlu melihat kepada Fiqh keutamaan dan Fiqh perpaduan dalam bersatu menolak kezaliman rejim Israel walaupun dengan aliran berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah.

Dr Basri berkata demikian apabila ditanya apakah wajar disokong kerjasama antara Sunni dan Syiah dalam menentang kezaliman Israel. — The Merdeka Times 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *