Terkini
Syiah lebih banyak berkorban, bantu Palestin – Syeikh Raisuni
Bekas Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia, Syeikh Dr Ahmad Raisuni berkata kelompok Syiah lebih banyak berkorban dan membantu perjuangan Palestin berbanding aliran Sunni yang dilihat tidak memberikan sumbangan sedemikian.
- “Kesaksian yang aku mahu tunaikan sekarang dan aku menyeru kepada pelaksanaan tuntutannya untuk membuktikan kebenaran dan ditegakkan keadilan, serta dihapuskan kebatilan dan kekufuran.
- “Kesaksian itu adalah umat Islam Syiah telah mendukung dan membantu saudara–saudara mujahidin mereka di bumi Palestin dan mereka telah berjuang dengan gigih serta menghantar bantuan terbaik kepada Palestin dan mereka mengorbankan nyawa, wang, senjata dan telah membuat pengorbanan yang besar. Sedangkan umat Islam Sunni tidak memberikan sumbangan sedemikian,” kata bekas Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia, Syeikh Dr Ahmad Raisuni dipetik Harakahdaily hari ini yang turut memaparkan kenyataan asal beliau dalam bahasa Arab.
- Beliau tahu dan pasti kesaksiannya itu akan menimbulkan kemarahan bagi mereka yang meragui dan menafikan kebenaran serta mereka akan mengulangi dongeng mereka yang diketahui kepada kita.
- Kesaksian beliau berkaitan perkara itu perlu dilaksanakan dan diumumkan untuk menafikan berita bohong dan palsu secara zalim dan tidak adil mengenai sokongan Syiah terhadap perjuangan Palestin.
KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia, Syeikh Dr Ahmad Raisuni berkata kelompok Syiah lebih banyak berkorban dan membantu perjuangan Palestin berbanding aliran Sunni yang dilihat tidak memberikan sumbangan sedemikian.
Syeikh Raisuni berkata kesaksian beliau berkaitan perkara itu perlu dilaksanakan dan diumumkan untuk menafikan berita bohong dan palsu secara zalim dan tidak adil mengenai sokongan Syiah terhadap perjuangan Palestin.
Memetik beberapa ayat al-Quran, beliau berkata apabila seseorang itu ditetapkan sebagai saksi atas sesuatu perkara yang diketahuinya (berilmu dengannya), maka wajib bagi individu itu memberikan keterangan dengan jujur dan sebenar-benarnya.
Katanya, ia perlu dilakukan walaupun keterangan itu menentang diri individu tersebut, keluarganya, sahabatnya atau orang dikasihinya, bahkan sekalipun ketika keterangan berkenaan secara tidak langsung memihak kepada pihak lawan.
“Kesaksian yang aku mahu tunaikan sekarang dan aku menyeru kepada pelaksanaan tuntutannya untuk membuktikan kebenaran dan ditegakkan keadilan, serta dihapuskan kebatilan dan kekufuran.
“Kesaksian itu adalah umat Islam Syiah telah mendukung dan membantu saudara–saudara mujahidin mereka di bumi Palestin dan mereka telah berjuang dengan gigih serta menghantar bantuan terbaik kepada Palestin dan mereka mengorbankan nyawa, wang, senjata dan telah membuat pengorbanan yang besar. Sedangkan umat Islam Sunni tidak memberikan sumbangan sedemikian,” kata Syeikh Raisuni dipetik Harakahdaily hari ini yang turut memaparkan kenyataan asal beliau dalam bahasa Arab.
Syeikh Raisuni berkata beliau tahu dan pasti kesaksiannya itu akan menimbulkan kemarahan bagi mereka yang meragui dan menafikan kebenaran serta mereka akan mengulangi dongeng mereka yang diketahui kepada kita.
“Tetapi aku berkata kepada mereka: Aku berpegang teguh kepada fakta – fakta yang diyakini dan maklumat yang dipercayai, dan aku tidak peduli dengan kata-kata dan sangkaan jahat yang tidak berasas. Dan aku berkata sepertimana Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah, jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli…”,” katanya.
Pada April lalu, The Merdeka Times melaporkan Pakar Fiqh dari Fakulti Pengajian Islam, KUIPs, Profesor Dr Basri Ibrahim Al-Azhari menjelaskan bahawa umat Islam perlu melihat kepada Fiqh keutamaan dan Fiqh perpaduan dalam bersatu menolak kezaliman rejim Israel walaupun dengan aliran berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah.
Dr Basri berkata demikian apabila ditanya apakah wajar disokong kerjasama antara Sunni dan Syiah dalam menentang kezaliman Israel. — The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina