Connect with us

Terkini

Krisis Iran-Israel: Sokong Iran wajar untuk tolak kezaliman lebih besar

Umat Islam perlu melihat kepada Fiqh keutamaan dan Fiqh perpaduan dalam bersatu menolak kezaliman rejim Israel walaupun dengan aliran berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Pakar Fiqh dari Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis, (KUIPs), Profesor Dr Basri Ibrahim Al-Azhari.
  • Umat Islam perlu melihat kepada Fiqh keutamaan dan Fiqh perpaduan dalam bersatu menolak kezaliman rejim Israel walaupun dengan aliran berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah.
  • Perkara itu diperjelaskan Pakar Fiqh dari Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis, (KUIPs), Profesor Dr Basri Ibrahim Al-Azhari semalam apabila ditanya apakah wajar disokong kerjasama antara Sunni dan Syiah dalam menentang kezaliman Israel.
  • “Orang Islam pada asasnya apabila melihat konflik yang berlaku tadi, maka mereka kena letak dalam pemikiran, Fiqh perpaduan itu satu, mereka juga mesti mengambil kira Fiqh keutamaan, apa dia keutamaan yang kita perlu utamakan waktu ini. 
  • “Apakah waktu ini kita nak berbalah dan nak sebut isu lama? Atau pada masa ini, kita beri sokongan dulu lepas tu dalam masa yang sama kita kena mengambil sikap berhati-hati supaya sokongan-sokongan kita itu tidak memakan diri kita sendiri.
  • “Tetapi selaku umat Islam, walaupun kita kata Iran adalah mazhab Syiah, dan dia adalah tidak sehaluan dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun dari sudut berdepan dengan kezaliman, dari sudut itu kita kena sokong,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Umat Islam perlu melihat kepada Fiqh keutamaan dan Fiqh perpaduan dalam bersatu menolak kezaliman rejim Israel walaupun dengan aliran berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah.

Perkara itu diperjelaskan Pakar Fiqh dari Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis, (KUIPs), Profesor Dr Basri Ibrahim Al-Azhari semalam apabila ditanya apakah wajar disokong kerjasama antara Sunni dan Syiah dalam menentang kezaliman Israel.

“Orang Islam pada asasnya apabila melihat konflik yang berlaku tadi, maka mereka kena letak dalam pemikiran, Fiqh perpaduan itu satu, mereka juga mesti mengambil kira Fiqh keutamaan, apa dia keutamaan yang kita perlu utamakan waktu ini. 

“Apakah waktu ini kita nak berbalah dan nak sebut isu lama? Atau pada masa ini, kita beri sokongan dulu lepas tu dalam masa yang sama kita kena mengambil sikap berhati-hati supaya sokongan-sokongan kita itu tidak memakan diri kita sendiri.

“Tetapi selaku umat Islam, walaupun kita kata Iran adalah mazhab Syiah, dan dia adalah tidak sehaluan dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun dari sudut berdepan dengan kezaliman, dari sudut itu kita kena sokong,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.

Dr Basri turut menekankan kepentingan perpaduan dan diberi perhatian kepada titik-titik pertemuan dalam melihat apa yang diperlukan untuk menangani musuh yang menakluki negara umat Islam pada ketika ini.

“Kita tahu bahawa Iran ini adalah sebuah negara yang bermazhab Syiah Imam Dua Belas, dan dari segi prinsip dan manhaj (metodologi beragama) nya sangat berbeza dengan yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenarnya.

“Perbezaan ini kalau dikaji tidak mungkin akan dapat bersatu sampai hari kiamat, namun begitu, di sana terdapat beberapa titik-titik pertemuan yang mana Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Syiah boleh bertemu. 

“Contohnya dalam usaha untuk menentang musuh yang datang menakluki sesebuah negara Islam, maka umat Islam tak kira fahaman sama ada Ahli Sunnah Wal Jamaah mahu pun Syiah, mereka kena bersatu untuk menentang musuh walaupun mereka adalah berbeza fahaman,” katanya.

Dr Basri turut menekankan keperluan umat Islam Ahli Sunnah untuk tetap berhati-hati dan cermat dalam memberikan sokongan sewajarnya mengikut keperluan semasa khususnya di Palestin.

“Kita sokong tetapi kita ada garis panduan, maknanya kalau kita nampak sokongan tadi lebih berbentuk nak menyebarkan fahaman Syiah contohnya, maka sokongan kita akan berhenti setakat tu.

“Tetapi kalau sokongan tadi lebih berbentuk untuk membantu umat Islam di Palestin, di atas kezaliman yang mereka hadapi oleh Israel tadi, maka ia sewajarnya dikekalkan,” kata Dr Basri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *