Connect with us

Terkini

Beri perhatian isu UiTM, elak tujuan asal penubuhannya terjejas – Pakar Perlembagaan

Kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu diberi perhatian supaya tujuan asal penubuhannya tidak terjejas susulan cadangan supaya institusi pendidikan awam itu membuka kemasukan kepada bukan bumiputera.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.
  • Kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu diberi perhatian supaya tujuan asal penubuhannya tidak terjejas susulan cadangan supaya institusi pendidikan awam itu membuka kemasukan kepada bukan bumiputera.
  • “Kita tahu pada dasarnya UiTM itu wujud sebagai satu mekanisme untuk memberi peluang pendidikan kepada masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks semangat Perkara 153 yang memberikan hak istimewa kepada masyarakat Melayu dan bumiputera disamping memberikan hak yang diperlukan kepada kaum lain tanpa mengenepikan hak mereka.
  • “Tapi dalam hal ini kewujudan UiTM itu merupakan satu unsur yang perlu diberikan perhatian supaya tujuan asal tidak terjejas,” kata Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Katanya, bagaimanapun terpulang kepada pihak bertanggungjawab membuat pertimbangan sekiranya ingin membenarkan pengambilan pelajar bukan bumiputera atas faktor tertentu yang mungkin menuntut kemasukan pelajar daripada kelompok itu. 
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek yang dilaporkan berkata tiada bahagian dalam Perkara 153 yang menjadikan tindakan membenarkan bukan bumiputera masuk ke mana-mana program di UiTM sebagai tidak berperlembagaan.

KUALA LUMPUR — Kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu diberi perhatian supaya tujuan asal penubuhannya tidak terjejas susulan cadangan supaya institusi pendidikan awam itu membuka kemasukan kepada bukan bumiputera.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata UiTM pada dasarnya wujud sebagai mekanisme untuk memberi peluang pendidikan kepada masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak istimewa kepada masyarakat Melayu dan bumiputera.

Muhammad Fathi berkata pada masa sama hak kaum-kaum lain juga tidak diketepikan.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat pertimbangan sekiranya ingin membenarkan pengambilan pelajar bukan bumiputera atas faktor tertentu yang mungkin menuntut kemasukan pelajar daripada kelompok itu. 

“Kita tahu pada dasarnya UiTM itu wujud sebagai satu mekanisme untuk memberi peluang pendidikan kepada masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks semangat Perkara 153 yang memberikan hak istimewa kepada masyarakat Melayu dan bumiputera disamping memberikan hak yang diperlukan kepada kaum lain tanpa mengenepikan hak mereka.

“Tapi dalam hal ini kewujudan UiTM itu merupakan satu unsur yang perlu diberikan perhatian supaya tujuan asal tidak terjejas,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek yang dilaporkan berkata tiada bahagian dalam Perkara 153 yang menjadikan tindakan membenarkan bukan bumiputera masuk ke mana-mana program di UiTM sebagai tidak berperlembagaan.

Zaid Malek berkata Perkara 153(2) membenarkan Raja menentukan perkadaran munasabah hak istimewa dalam pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, namun Perkara 153(1) juga dengan jelas menyatakan kepentingan sah kaum lain mesti dijaga apabila menggunakan peruntukan tersebut.

Katanya,  penggunaan istilah ‘perkadaran munasabah’ bermakna sekiranya Yang di-Pertuan Agong memutuskan wajar membahagikan kuota tertentu untuk bukan Melayu mendaftar ke mana-mana program UiTM, ia sepenuhnya mematuhi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Muhammad Fathi berkata sebab-sebab atau faktor yang mendorong kepada pembukaan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM perlu dibincangkan dan diteliti, begitu juga pandangan balas pelajar-pelajar ataupun masyarakat yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Bagi saya isu ini boleh diselesaikan melalui tindakan pentadbiran dan dia tidaklah sangat menjadi satu isu perlembagaan kerana mekanisme perlembagaan sedia ada memberi ruang kepada kedua-dua bentuk tindakan sama ada menghadkan seluruhnya kepada bumiputera atau memberi ruang kepada bukan bumiputera untuk menyertai (UiTM) dengan sebab-sebab yang tertentu,” katanya. 

Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menjadi perbincangan susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending