Terkini
Pinda Akta 355 turut ambil kira penggubalan Akta Mahkamah Syariah – Menteri Agama
Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan mengambil kira cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
- Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan mengambil kira cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkembangan terkini pindaan Akta 355 itu masih dalam proses libat urus dengan pihak terlibat.
- “Kita masih lagi dalam proses libat urus dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri dengan pihak istana dan sebagainya, selain itu kita juga akan mengambil kira proses menggubal Akta Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan itu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
KUALA LUMPUR — Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan mengambil kira cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkembangan terkini pindaan Akta 355 itu masih dalam proses libat urus dengan pihak terlibat.
“Kita masih lagi dalam proses libat urus dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri dengan pihak istana dan sebagainya, selain itu kita juga akan mengambil kira proses menggubal Akta Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan itu,” katanya pada sesi soal jawab, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berhubung perkembangan terkini mengenai pindaan kepada Akta 355.
Menjawab soalan asal Ahmad Tarmizi mengenai usaha kerajaan mengukuhkan hak dan kedudukan Mahkamah Syariah, Mohd Na’im berkata kajian dan pindaan terhadap undang-undang syariah dibuat agar sesuai dengan keadaan semasa termasuk cadangan penggubalan kepada Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) itu.
Selain itu, usaha lain yang dilakukan adalah penyeragaman pentadbiran pengurusan kes melalui pembinaan kaedah, arahan amalan, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) serta peningkatan kemahiran personel Mahkamah Syariah melalui program latihan.
“Usaha lain termasuk penambahbaikan operasi dan perkhidmatan sokongan keluarga oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) meliputi dana pendahuluan nafkah, perkhidmatan BSK Transit dan pemfailan kes-kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah.
“Pengukuhan kepada penyelesaian pertikaian kes secara alternatif melalui Sulh, Hakam dan Mediasi, penambahbaikan sistem pengurusan kes melalui sistem E-Syariah dan menggalakkan inovasi dalam pengurusan kes dan pentadbiran di Mahkamah Syariah negeri-negeri,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia