Connect with us

Terkini

Pemilik Crackhouse Comedy didenda RM8,000

Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah bagi pertuduhan memuat naik video menyentuh isu sensitiviti perkauman.

Wartawan TMT

Published

on

Pemilik Crackhouse Comedy didenda RM8,000
Foto: Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel.
  • Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah bagi pertuduhan memuat naik video menyentuh isu sensitiviti perkauman.
  • Rizal menukar pengakuannya pada sebutan kes itu hari ini selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi ketiga lelaki itu.
  • Bagi dua lagi pertuduhan, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul’Ain Abu Bakar berkata pertuduhan-pertuduhan itu dianggap sebagai ‘take into consideration’ (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
  • Pada 22 Julai 2022, Rizal yang didakwa sebagai OKS didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan penghantaran komunikasi jelik di laman media sosial iaitu Facebook, Instagram dan aplikasi TikTok miliknya menggunakan nama profil masing-masing ‘Rizal van Geyzel’, dan rizalvangeysel pada 4, 5 dan 6 Julai tahun sama.
  • Ketika mengemukakan rayuan, Rizal melalui peguam belanya, M. Pravin memohon mahkamah mengenakan hukuman denda minima atas alasan OKS menanggung tiga anak termasuk seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
  • Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak menjatuhkan hukuman denda RM8,000 terhadap Rizal.

KUALA LUMPUR: Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah bagi pertuduhan memuat naik video menyentuh isu sensitiviti perkauman.

Rizal, 40, atau nama penuhnya, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel menukar pengakuannya pada sebutan kes itu hari ini selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi ketiga lelaki itu.

“Hari ini ditetapkan untuk sebutan bagi keputusan representasi (ketiga) dan pihak pendakwaan bersetuju untuk menerima representasi agar orang kena saman (OKS) mengaku salah untuk pertuduhan pertama,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Nurul’Ain Abu Bakar. 

Bagi dua lagi pertuduhan, Nurul’Ain berkata pertuduhan-pertuduhan itu dianggap sebagai ‘take into consideration’ (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 22 Julai 2022, Rizal yang didakwa sebagai OKS didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan penghantaran komunikasi jelik di laman media sosial iaitu Facebook, Instagram dan aplikasi TikTok miliknya menggunakan nama profil masing-masing ‘Rizal van Geyzel’, dan rizalvangeysel pada 4, 5 dan 6 Julai tahun sama.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika mengemukakan rayuan, Rizal melalui peguam belanya, M. Pravin memohon agar mahkamah mengenakan hukuman denda yang minima atas alasan OKS menanggung tiga anak termasuk seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

“OKS mempunyai seorang bapa berusia 74 tahun dan menghidap penyakit jantung kronik serta perlu menanggung kos rawatan bapanya. Selepas kejadian ini, OKS hilang sumber pendapatan utamanya sebagai ‘stand up comedy’ kerana banyak penganjur membatalkan penglibatan OKS dalam program mereka.

“OKS kini bercerai dengan isterinya dan menjaga tiga anak mereka antara tiga tahun dan 11 tahun. Dia menyesal dan bertaubat dengan kesalahan yang dilakukannya selain tiada niat menyakitkan hati orang lain,” kata peguam itu.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman denda yang berat dengan mengambil kira kesalahan OKS yang serius sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat yang menganggu keharmonian negara.

Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak menjatuhkan hukuman denda RM8,000 terhadap Rizal.

“OKS didapati bersalah atas pertuduhan pertama dan mahkamah mengambil kira kesalahan dalam pertuduhan kedua dan ketiga dan ia dipersetujui oleh pendakwaan dan peguam untuk diambil kira sebagai ‘take into consideration’ (TIC) mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah,”katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Rizal dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Lelaki terbabit membayar denda itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending