Connect with us

Terkini

Air akuarium berisiko terdedah ‘racun plastik’, punca sakit kronik – Pakar Kesihatan

Penjualan air balang menggunakan bekas akuarium jelas melanggar peraturan berkaitan Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009).

Wartawan TMT

Published

on

Air akuarium berisiko terdedah ‘racun plastik’, punca sakit kronik – Pakar Kesihatan
Foto: Trend penjualan air balang menggunakan bekas akuarium.
  • Penjualan air balang guna bekas akuarium melanggar peraturan Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009).
  • Prof Madya Dr Mohd Hasni Jaafar, Pakar Kesihatan Awam (Persekitaran), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata ianya jelas apabila air yang dihidang menggunakan akuarium berkemungkinan besar dicemari bahan toksin berbahaya.
  • “Setiap bekas plastik yang dibuat adalah khusus mengikut penggunaannya. Terdapat lima jenis plastik yang sesuai digunakan untuk minuman dan dua jenis plastik tidak sesuai termasuklah PVC ataupun nama lainnya Polyvinyl Chloride yang digunakan dalam pembuatan akuarium.
  • “PVC yang merujuk sebagai “racun plastik” mempunyai kandungan klorin cukup tinggi selain mengandungi bahan toksin lain antaranya logam plumbum yang bahaya kepada manusia,” katanya.
  • Jelasnya, berdasarkan kajian dijalankan bahan PVC itu boleh menyebabkan penyakit kronik termasuk kerosakan hati, masalah saraf, masalah mental dan kanser.

PETALING JAYA – Penjualan air balang menggunakan bekas akuarium jelas melanggar peraturan berkaitan Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009).

Prof Madya Dr Mohd Hasni Jaafar, Pakar Kesihatan Awam (Persekitaran), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata ianya jelas apabila air yang dihidang menggunakan akuarium berkemungkinan besar dicemari bahan toksin berbahaya.

“Setiap bekas plastik yang dibuat adalah khusus mengikut penggunaannya. Terdapat lima jenis plastik yang sesuai digunakan untuk minuman dan dua jenis plastik tidak sesuai termasuk PVC ataupun nama lainnya Polyvinyl Chloride yang digunakan dalam pembuatan akuarium.

“PVC yang merujuk sebagai “racun plastik” mempunyai kandungan klorin cukup tinggi selain mengandungi bahan toksin lain antaranya logam plumbum yang bahaya kepada manusia,” katanya.

Beliau ketika dihubungi Buletin TV3 berkata, lapisan PVC yang terdapat dalam akuarium mampu meresap keluar dan menyebabkan kontaminasi kimia atau pencemaran pada air minuman yang disediakan.

Jelasnya, berdasarkan kajian yang dijalankan bahan PVC itu boleh menyebabkan penyakit kronik termasuk kerosakan hati, masalah saraf, masalah mental dan kanser.

“Dengan menggunakan teleskop elektron, kita boleh melihat permukaan yang tidak rata pada punca penyambung akuarium.

“Hal  ini memberi banyak ruang kepada bakteria dan kulat untuk bersembunyi dan terlepas daripada penyucian bekas tersebut sekaligus boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti keracunan,”katanya.

Menurutnya lagi, Kursus Pengendalian Makanan yang dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu diperhalusi terutama berkaitan dengan penggunaan alat yang selamat ketika proses penyediaan makanan sebelum disajikan kepada pengguna.

“Penjualan air menggunakan akuarium ini perlu dihentikan dan pengendali makanan perlu sedar tentang bahayanya penggunaan bekas makanan yang tidak betul selain perlu peka dengan manual pembuatan alat tersebut.

“Walaupun cuba berfikiran inovatif dalam kehidupan namun perlu berhati-hati dalam penyediaan makanan agar ia tidak membahayakan nyawa dan kesihatan orang ramai,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama

Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
  • Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
  • Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
  • Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
  • “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
  • “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
  • “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.

KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.

Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.

“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.

“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.

“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.

Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.

Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.

“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending