Connect with us

Terkini

Letak syarat beli gula, peniaga boleh diambil tindakan

Wartawan TMT

Published

on

Letak syarat beli gula, peniaga boleh diambil tindakan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengguna digesa melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya terdapat peniaga meletakkan syarat mewajibkan pembelian satu kilogram gula putih jernih (premium) terlebih dahulu, jika mahu membeli gula pasir kasar.
  • Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata perbuatan meletakkan syarat itu adalah salah dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
  • “Jika ada peniaga letakkan syarat nak beli gula biasa perlu beli gula premium, maka itu memang salah, tetapi kita tak terima lagi aduan (daripada pengguna).
  • “Kita juga ada pegawai penguatkuasa yang melakukan tinjauan di premis-premis secara berkala bagi memastikan peniaga mematuhi syarat terutama bagi barang kawalan,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 pada Sabtu lalu.

BUTTERWORTH – Pengguna digesa melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya terdapat peniaga yang meletakkan syarat mewajibkan pembelian satu kilogram gula putih jernih (premium) terlebih dahulu, jika mahu membeli gula pasir kasar.

Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata perbuatan meletakkan syarat itu adalah salah dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau bagaimanapun berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung perkara itu dan meminta pengguna tampil jika ia berlaku di kawasan mereka bagi membolehkan penguatkuasaan diambil terhadap peniaga yang terlibat.

“Jika ada peniaga letakkan syarat nak beli gula biasa perlu beli gula premium, maka itu memang salah, tetapi kita tak terima lagi aduan (daripada pengguna).

“Kita juga ada pegawai penguatkuasa yang melakukan tinjauan di premis-premis secara berkala bagi memastikan peniaga mematuhi syarat terutama bagi barang kawalan,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 pada Sabtu lalu.

Jegan berkata ketika ini, bekalan gula di Pulau Pinang adalah mencukupi.

Berhubung SHMMP, beliau berkata sebanyak 174 pegawai penguatkuasa dan 64 pegawai pemantau ditugaskan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah sepanjang tempoh pelaksanaan yang bermula 23 Disember hingga 27 Disember, bagi membolehkan penguatkuasaan dibuat secara lebih berkesan terhadap aduan pengguna.

Sementara itu, menurut beliau dari 1 Januari hingga 19 Disember lalu, sejumlah 46,079 premis di seluruh Pulau Pinang telah diperiksa dengan 777 kes diambil tindakan atas pelbagai kesalahan membabitkan jumlah sitaan RM3.38 juta, kompaun RM633,300 dan denda sebanyak RM24,000.

Dalam tempoh itu juga, pihaknya menerima 2,264 aduan iaitu 861 mengenai harga barangan dan perkhidmatan, 156 berkaitan bekalan barang kawalan, manakala selebihnya lain-lain aduan.

“Untuk Program Jualan Rahmah pula, ia masih diteruskan dan sebanyak 470 jualan telah diadakan di 13 Parlimen dan 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Pulau Pinang.

“Sebanyak 483,350 pengunjung direkodkan hadir pada program itu dengan jumlah jualan mencecah RM16.5 juta,” katanya. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending