Terkini
TikTok keluarkan klip video Jocelyn Chia persendakan Malaysia
TikTok sudah mengeluarkan video tular oleh pelawak komediri, Jocelyn Chia, yang mengandungi kenyataan menghina Malaysia dan tragedi MH370, kerana mengandungi ucapan berunsur kebencian.

- TikTok sudah mengeluarkan video tular oleh pelawak komediri, Jocelyn Chia, yang mengandungi kenyataan menghina Malaysia dan tragedi MH370, kerana mengandungi ucapan berunsur kebencian.
- Seorang wakil dari TikTok memberitahu video itu sudah diturunkan daripada platform media sosial itu kerana kandungan itu melanggar garis panduan komuniti dan diskriminasi.
- Wakil itu menyatakan, “TikTok adalah komuniti yang pelbagai dan inklusif yang tidak bertolak ansur dengan diskriminasi.
- “Kami tidak membenarkan kandungan yang mengandungi ucapan kebencian atau yang membabitkan tingkah laku yang penuh kebencian. Oleh itu kami telah mengeluarkannya daripada platform kami.” katanya.
- Chia memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, sehingga mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuk Malaysia dan Singapura.
KUALA LUMPUR: TikTok sudah mengeluarkan video tular oleh pelawak komediri, Jocelyn Chia, yang mengandungi kenyataan menghina Malaysia dan tragedi MH370, kerana mengandungi ucapan berunsur kebencian.
Seorang wakil dari TikTok memberitahu video itu sudah diturunkan daripada platform media sosial itu kerana kandungan itu melanggar garis panduan komuniti dan diskriminasi.
Wakil itu menyatakan, “TikTok adalah komuniti yang pelbagai dan inklusif yang tidak bertolak ansur dengan diskriminasi.
“Kami tidak membenarkan kandungan yang mengandungi ucapan kebencian atau yang membabitkan tingkah laku yang penuh kebencian. Oleh itu kami telah mengeluarkannya daripada platform kami.” katanya.
Chia memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, sehingga mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuk Malaysia dan Singapura.
Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok, Chia turut secara sengaja menghina seorang penonton persembahannya yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.
Wanita itu juga membuat ‘lawak’ mengenai hubungan Malaysia-Singapura selain merujuk kepada penerbangan Malaysian Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu dengan berkata bahawa kapal terbang Malaysia ‘tidak boleh terbang’.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelawak itu.
Beliau juga menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengambil langkah selanjutnya terhadap pelawak itu.
Chia yang didakwa sebagai penghibur tetap di kelab komedi terkenal di New York City, termasuk Comedy Cellar dan Gotham Comedy Club, berdepan banyak kritikan susulan kenyataan menyinggung perasaan yang dikeluarkannya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon semalam berkata kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak berkenaan.
Beliau yang amat terkejut dengan komen menyinggung yang dibuat oleh Chia turut menegaskan, pelawak itu tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-kata atau tindakannya sama sekali tidak mencerminkan pandangan negara itu.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain serta pelawak industri tempatan turut mengutuk tindakan beliau.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas