Connect with us

Terkini

Lawak hina Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi Singapura mohon maaf

Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia memohon maaf kepada rakyat negara ini atas tindakan pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang mempermainkan sentimen MH370 dan Malaysia secara melampau dalam komedirinya (stand up comedy).

A.R. Khan

Published

on

Lawak hina Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi Singapura mohon maaf
Foto: Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon (kiri).
  • Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia memohon maaf kepada rakyat negara ini atas tindakan pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang mempermainkan sentimen MH370 dan Malaysia secara melampau dalam komedirinya (stand up comedy).
  • Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata kerajaan Singapura juga tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan dan perlakuan yang berpotensi menyakiti mana-mana pihak.
  • Beliau mengakui terkejut dengan kenyataan menyinggung perasaan dikeluarkan Jocelyn Chia yang juga bekas warga Singapura.
  • I sincerely apologise to all Malaysians for her hurtful remarks,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Singapura di Johor Baharu, di sini hari ini.
  • Semalam, The Merdeka Times (TMT) melaporkan mengenai tindakan melampau pelawak komediri dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan pesawat MH370 dan merendahkan Malaysia sebagai negara membangun berbanding Singapura yang disifatkannya sebagai negara dunia pertama.

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia memohon maaf kepada rakyat negara ini atas tindakan pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang mempermainkan sentimen MH370 dan Malaysia secara melampau dalam komedirinya (stand up comedy).

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata kerajaan Singapura juga tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan dan perlakuan yang berpotensi menyakiti mana-mana pihak.

Beliau mengakui terkejut dengan kenyataan menyinggung perasaan dikeluarkan Jocelyn Chia yang juga bekas warga Singapura.

I am appalled by the gratuitously offensive comments made by stand-up performer Jocelyn Chia

The Singapore Government does not condone words or actions that cause harm or hurt to others and Chia, who is no longer Singaporean, does not in any way reflect our views. 

I sincerely apologise to all Malaysians for her hurtful remarks,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Singapura di Johor Baharu, di sini hari ini.

Sebagai jiran bersama, Pesuruhjaya Tinggi Singapura itu menegaskan komentar sedemikian merendahkan hubungan rapat dan persahabatan antara kedua-dua negara.

“Comments such as those made by Chia are unhelpful and undermine the close trust and friendship that both our countries and peoples enjoy,” katanya.

Semalam, The Merdeka Times (TMT) melaporkan mengenai tindakan melampau pelawak komediri dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan pesawat MH370 dan merendahkan Malaysia sebagai negara membangun berbanding Singapura yang disifatkannya sebagai negara dunia pertama.

Difahamkan, bekas peguam itu membuat ‘lawak’ tersebut ketika persembahannya di kelab Comedy Cellar di AS dan video persembahan itu tular di Twitter dan Tiktok serta dimuat naik di Instagramnya sendiri.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Singapore High Commission in KL and Consulate-General

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending