Terkini
(VIDEO) Pelawak Singapura hina Malaysia
Seorang pelawak wanita, Jocelyn Chia, yang berasal dari Singapura didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kapal terbang Malaysia hilang serta merendahkan Malaysia yang dikategorikan negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.

KUALA LUMPUR – Seorang pelawak wanita, Jocelyn Chia, yang berasal dari Singapura didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kapal terbang Malaysia hilang serta merendahkan Malaysia yang dikategorikan negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.
Difahamkan, bekas peguam itu membuat ‘lawak’ tersebut ketika persembahannya di kelab Comedy Cellar di Amerika Syarikat.
Video persembahan itu tular di Twitter, Tiktok, serta dimuat naik di Instagram Jocelyn sendiri.
Menerusi akaun TikTok @Comedy Cellar USA, Jocelyn dilihat menceritakan sedikit sejarah berkenaan Singapura dan Malaysia, sebelum menanyakan kewarganegaraan seorang penonton yang mengakui sebagai warganegara Malaysia.
View this post on Instagram
“Malaysia… Okay… Yeah… F^*k You a#$holes!”katanya yang disambut tawa penonton lain.
Jocelyn mendakwa Perdana Menteri Singapura menangis setelah membuat pengumuman keluar dari Malaysia kerana risau tidak akan bertahan tanpa Malaysia, bagaimanapun 40 tahun kemudian Singapura menjadi negara pertama sedangkan Malaysia masih dikategori negara membangun.
“Awwwwww booooo….F^*k You, Malaysia. Isn’t that the best breakup revenge?” katanya menerusi video di TikTok yang berdurasi satu minit 29 saat.
Dalam kenyataan itu juga, dia terus mengejek Malaysia sebagai sebuah negara membangun serta berkata-kata kesat dikaitkan dengan Malaysia.
Jocelyn turut melontarkan soalan kenapa hanya mahu ‘melawat’ Singapura setelah 40 tahun?
Menjawab sendiri pertanyaan itu, dia mengatakan “I tried, but you know.. My airplanes cannot fly.
“What? Malaysian Airlines going missing. Not funny, huh? Some jokes don’t land…This joke kills in Singapore,” katanya.
Dalam pada itu, terdapat individu memberi amaran kepada Jocelyn dikhuatiri mendapat ulasan tidak baik di Yelp (sebuah aplikasi perniagaan kecil) dari warga Malaysia, bagaimanapun dengan yakin dia berkata “It’s okay, they don’t have internet,” (jangan risau, mereka tiada internet).
The Merdeka Times berusaha menghubungi kedutaan Singapura untuk mendapatkan maklum balas bagaimanapun pihak mereka memaklumkan akan menghubungi kami semula. — The Merdeka Times
Sumber: TikTok @Comedy Cellar · New York
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas