Connect with us

Terkini

Sindiket penyeludupan manusia tumpas, 68 pendatang tanpa izin ditahan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga tekong darat warga tempatan dan 68 pendatang tanpa izin menerusi Ops Gelombang 3 di Terminal Bas Kota Bharu, Rabu lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Sindiket penyeludupan manusia tumpas, 68 pendatang tanpa izin ditahan
Foto: Antara pendatang asing tanpa izin yang dipercayai diseludup masuk ditahan Jabatan Imigresen.
  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga tekong darat warga tempatan dan 68 pendatang tanpa izin menerusi Ops Gelombang 3 di Terminal Bas Kota Bharu, Rabu lepas.
  • Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata operasi oleh sepasukan pegawai daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan JIM Negeri Kelantan yang bermula 3.30 pagi itu adalah rentetan Ops Gelombang 2 yang dijalankan Mac lepas.
  • “Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan lima wanita warga Myanmar, Pakistan (dua lelaki), Bangladesh (tiga lelaki), Indonesia (10 lelaki), Vietnam (seorang lelaki dan lima wanita) serta India (11 lelaki, 14 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki).
  • “68 pendatang tanpa izin itu berusia antara 10 hingga 62 tahun yang disyaki cuba merebut peluang pekerjaan secara haram di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KOTA BHARU — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga tekong darat warga tempatan dan 68 pendatang tanpa izin menerusi Ops Gelombang 3 di Terminal Bas Kota Bharu, Rabu lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata operasi oleh sepasukan pegawai daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan JIM Negeri Kelantan yang bermula 3.30 pagi itu adalah rentetan Ops Gelombang 2 yang dijalankan Mac lepas.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan lima wanita warga Myanmar, Pakistan (dua lelaki), Bangladesh (tiga lelaki), Indonesia (10 lelaki), Vietnam (seorang lelaki dan lima wanita) serta India (11 lelaki, 14 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki).

“68 pendatang tanpa izin itu berusia antara 10 hingga 62 tahun yang disyaki cuba merebut peluang pekerjaan secara haram di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua warga asing itu dipercayai baru tiba dari negara jiran dan kemudian dipindahkan ke sekitar Terminal Bas Kota Bharu.

Ruslin berkata berdasarkan maklumat orang awam dan risikan selama dua bulan, modus operandi sindiket didapati menyeludup pendatang tanpa izin melalui pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand.

“Kesemua pendatang tanpa izin ini kemudian akan dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan dan sekitar Lembah Klang. Dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi seorang pendatang tanpa izin untuk masuk ke negara ini dan dipercayai telah aktif sejak enam bulan lepas,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata ‘transporter’ atau pengangkut rakyat tempatan pula menerima upah antara RM150 hingga RM250 bagi setiap seorang pendatang tanpa izin yang diangkut dari sempadan ke terminal bas berkenaan.

Katanya kesemua pendatang tanpa izin itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 manakala tiga lelaki tempatan pula direman enam hari di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Susulan operasi ini, tiga kenderaan pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM50,000 turut disita untuk tindakan lanjut jabatan,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending