Terkini
Pemegang PLKS tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan
Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan sebagaimana dinyatakan dalam Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155).
- Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan sebagaimana dinyatakan dalam Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155).
- Kegagalan mematuhi peraturan itu membolehkan pas tersebut dibatalkan Jabatan Imigresen (JIM) dengan serta merta dan mereka boleh diusir dari negara ini.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan, pihaknya tidak akan meluluskan sebarang permohonan selagi JIM tidak membenarkannya.
- PLKS ialah permit kerja untuk warga asing bekerja secara sah di negara ini diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan kerajaan, selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit.
- Media tempatan pada 2 Oktober lalu melaporkan terdapat wanita tempatan sanggup bersuamikan warga asing semata-mata membolehkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan sekali gus tinggal lebih lama di Malaysia.
KUALA LUMPUR — Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan sebagaimana dinyatakan dalam Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155).
Kegagalan mematuhi peraturan itu membolehkan pas tersebut dibatalkan Jabatan Imigresen (JIM) dengan serta merta dan mereka boleh diusir dari negara ini.
Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan, pihaknya tidak akan meluluskan sebarang permohonan selagi JIM tidak membenarkannya.
Ia antara prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan JAKIM dan JIM mengenai isu perkahwinan antara pasangan berkenaan.
Jurucakap JAKIM dipetik Harian Metro sebagai berkata, setakat ini semua negeri menggunakan SOP sama iaitu hanya membenarkan perkahwinan dilangsungkan selepas mendapat kebenaran JIM.
PLKS ialah permit kerja untuk warga asing bekerja secara sah di negara ini diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan kerajaan, selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit.
Pas itu hanya dikeluarkan selepas majikan membuat permohonan bagi Visa Dengan Rujukan (VDR) JIM secara atas talian mahupun manual.
Media tempatan pada 2 Oktober lalu melaporkan terdapat wanita tempatan sanggup bersuamikan warga asing semata-mata membolehkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan sekali gus tinggal lebih lama di Malaysia.
Ketua Skuad Terjah, Mohd Razil Mohd Noor berkata, apabila warga asing berkahwin dengan wanita tempatan, mereka mudah mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan perniagaan.
Justeru, beberapa gabungan badan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan campur tangan dalam isu kebanjiran dan lambakan warga asing di negara ini. — The Merdeka Times
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times