Connect with us

Terkini

Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan – KP Imigresen

Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.
  • Beliau berkata mana-mana pelawat disenarai hitam dan senarai syak akan dapat dikesan, seterusnya dilarang masuk ke negara ini.
  • “Sistem Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) merekod maklumat keberadaan pelawat dan membolehkan Jabatan Imigresen (JIM) mengesan keberadaan mereka sekiranya diperlukan terutamanya untuk tindakan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
  • MDAC merupakan salah satu daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan perkhidmatan JIM, selaras pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India bermula 1 Disember lalu. 
  • Ruslin berkata demikian sebagai merujuk kepada kekeliruan ditularkan sesetengah pihak di media sosial berkaitan kenyataan mengenai pengecualian syarat kemasukan bagi warganegara China dan India di semua pintu masuk yang dikeluarkan kepada semua pejabat JIM.

KUALA LUMPUR — Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata mana-mana pelawat yang disenarai hitam dan senarai syak akan dapat dikesan, seterusnya dilarang masuk ke negara ini.

“Pematuhan pengisian Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) kepada semua pengembara yang memasuki Malaysia masih dilaksanakan.

“Sistem MDAC merekod maklumat keberadaan pelawat dan membolehkan Jabatan Imigresen (JIM) mengesan keberadaan mereka sekiranya diperlukan terutamanya untuk tindakan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

MDAC merupakan salah satu daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan perkhidmatan Jabatan Imigresen, selaras pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India bermula 1 Disember lalu. 

Ruslin berkata demikian sebagai merujuk kepada kekeliruan ditularkan sesetengah pihak di media sosial berkaitan kenyataan mengenai pengecualian syarat kemasukan bagi warganegara China dan India di semua pintu masuk yang dikeluarkan kepada semua pejabat JIM.

Arahan itu bertujuan memperkemaskan proses kerja JIM di pintu masuk negara, selaras dengan pelaksanaan pemberian pengecualian visa bagi tempoh 30 hari kepada warganegara China dan India mulai 1 Dis 2023 hingga 31 Dis 2024. Kemudahan itu merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan kerajaan di bawah PLV.

Ruslin menegaskan bahawa arahan yang dikeluarkan itu sama sekali tidak menjejaskan integriti dalam aspek keselamatan sedia ada yang dilaksanakan jabatan itu dalam pengurusan kemasukan pelancong asing ke negara ini.

“Jabatan Imigresen sekali lagi menegaskan tidak akan berkompromi terhadap aspek kawalan keselamatan dan terus komited melaksanakan usaha berterusan bagi memudahcara dan melancarkan pergerakan keluar masuk pelawat bagi menyokong pembangunan ekonomi negara,” katanya. — BERNAMA

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending