Terkini
Pengecualian syarat kemasukan warga China, India
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia didakwa mengeluarkan arahan supaya warganegara China dan India diberi pengecualian syarat kemasukan di semua pintu masuk di bawah Pelan Liberalisasi Visa (PLV).
- Ketua Pengarah Imigresen Malaysia didakwa mengeluarkan arahan supaya warganegara China dan India diberi pengecualian syarat kemasukan di semua pintu masuk di bawah Pelan Liberalisasi Visa (PLV).
- Ia berdasarkan maklumat pekeliling bertarikh 2 Mei 2024 yang ditularkan di platform X di mana arahan berkenaan dikatakan dikeluarkan kepada semua pejabat Jabatan Imigresen (JIM).
- Difahamkan, arahan itu dikeluarkan susulan terdapat pelancong China ke Malaysia yang kemudiannya memasuki Singapura melalui Johor tidak dibenarkan masuk semula ke Malaysia oleh JIM walaupun kemudahan pengecualian visa diberikan kepada warganegara itu bagi tempoh 30 hari mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.
- Menurut pekeliling itu, kerajaan bersetuju JIM membenarkan warganegara China untuk keluar dan masuk ke Malaysia tanpa mengambil kira penggunaan hampir sepenuhnya atau sepenuhnya tempoh maksima Pas Lawatan Sosial (PLS) secara terus-menerus.
- “Penambahbaikan arahan lain adalah tiada keperluan menunjukkan bukti penginapan atau kemudahan tempat tinggal sepanjang keberadaan di negara ini, tiada keperluan menunjukkan Pas Masuk (Boarding Pass) dan tiada keperluan mengemukakan bukti kemampuan kewangan atau wang sara diri,” kata pekeliling itu.
KUALA LUMPUR — Ketua Pengarah Imigresen Malaysia didakwa mengeluarkan arahan supaya warganegara China dan India diberi pengecualian syarat kemasukan di semua pintu masuk di bawah Pelan Liberalisasi Visa (PLV).
Ia berdasarkan maklumat pekeliling bertarikh 2 Mei 2024 yang ditularkan di platform X di mana arahan berkenaan dikatakan dikeluarkan kepada semua pejabat Jabatan Imigresen (JIM).
Difahamkan, arahan itu dikeluarkan susulan terdapat pelancong China ke Malaysia yang kemudiannya memasuki Singapura melalui Johor tidak dibenarkan masuk semula ke Malaysia oleh JIM walaupun kemudahan pengecualian visa diberikan kepada warganegara itu bagi tempoh 30 hari mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.
Menurut pekeliling itu susulan laporan pelancong China terbabit, kerajaan bersetuju supaya JIM membenarkan warganegara China untuk keluar dan masuk ke Malaysia tanpa mengambil kira penggunaan hampir sepenuhnya atau sepenuhnya tempoh maksima Pas Lawatan Sosial (PLS) secara terus-menerus.
“Oleh demikian, bagi memastikan proses pemeriksaan Imigresen di pintu-pintu masuk dapat berjalan lancar, penambahbaikan terhadap arahan-arahan telah diputuskan seperti berikut; tiada keperluan untuk menyoal siasat pelancong dengan mengambil kira kadar masa terlalu lama.
“Penambahbaikan arahan lain adalah tiada keperluan menunjukkan bukti penginapan atau kemudahan tempat tinggal sepanjang keberadaan di negara ini, tiada keperluan menunjukkan Pas Masuk (Boarding Pass) dan tiada keperluan mengemukakan bukti kemampuan kewangan atau wang sara diri.
“… dan tiada keperluan untuk mengambil kira penggunaan Pas Lawatan Sosial hampir sepenuhnya atau sepenuhnya, sebagai istilah u-turn sepertimana Pekeliling Imigresen Malaysia Terhad Bil 10 Tahun 2017 bertarikh 15 Jun 2017 dengan syarat pergerakan keluar masuk tidak melebihi 3 kali berturut-turut,” kata pekeliling itu.
Bagaimanapun, pekeliling itu berkata sekiranya berlaku keraguan dalam tujuan kemasukan, proses semakan perlu dilakukan mengikut prosedur dan arahan yang dikuatkuasakan kini.
Mengulas dakwaan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh pada Sabtu dilaporkan berkata proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing, termasuk dari China dan India, masih dilaksanakan di semua pintu negara serta mana-mana pelawat disenarai hitam dan senarai syak akan dapat dikesan, seterusnya dilarang masuk ke negara ini.
Ruslin berkata pengisian Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) kepada semua pengembara memasuki Malaysia masih dilaksanakan di mana sistem itu merekod maklumat keberadaan pelawat dan membolehkan JIM mengesan keberadaan mereka sekiranya diperlukan, terutama untuk tindakan penguatkuasaan. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times