Connect with us

Terkini

Mahkamah larang dedah surat ‘tunjuk sebab’ pegawai kebajikan masyarakat ambil anak

Seorang hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan mengeluarkan perintah larangan menghalang mana-mana pihak mendedahkan keputusan surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada pegawai kebajikan masyarakat di Rompin yang mengambil seorang kanak-kanak daripada bapanya baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah larang dedah surat ‘tunjuk sebab’ pegawai kebajikan masyarakat ambil anak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan mengeluarkan perintah larangan menghalang mana-mana pihak mendedahkan keputusan surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada pegawai kebajikan masyarakat di Rompin yang mengambil seorang kanak-kanak daripada bapanya baru-baru ini. 
  • “Maaf, perintah dikeluarkan oleh mahkamah untuk tidak mendedahkan apa yang berlaku hari ini,” kata peguam Bastian Pius Vendargon, peguam yang mengetuai pasukan guaman pihak bapa kepada Free Malaysia Today (FMT) hari ini.
  • Hakim Zainal Azman Abdul Aziz meminta pegawai-pegawai terbabit menjelaskan mengapa mereka mengambil kanak-kanak itu pada Isnin yang lalu, walaupun mengetahui bahawa mahkamah telah membenarkan permohonan habeas corpus oleh bapanya Khamis lepas.

PETALING JAYA: Seorang hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan mengeluarkan perintah larangan menghalang mana-mana pihak mendedahkan keputusan surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada pegawai kebajikan masyarakat di Rompin yang mengambil seorang kanak-kanak daripada bapanya baru-baru ini.

“Maaf, perintah dikeluarkan oleh mahkamah untuk tidak mendedahkan apa yang berlaku hari ini,” kata peguam Bastian Pius Vendargon kepada Free Malaysia Today (FMT).

Vendargon mengetuai pasukan guaman empat anggota yang mewakili bapa berusia 43 tahun itu dalam prosiding.

Pada Isnin, Hakim Zainal Azman Abdul Aziz meminta pegawai-pegawai terbabit menjelaskan mengapa mereka mengambil kanak-kanak itu, walaupun mengetahui bahawa mahkamah telah membenarkan permohonan habeas corpus oleh bapanya Khamis lepas.

Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu terlibat dalam kes perebutan hak penjagaan antara ibu bapanya, yang sedang dibicarakan di hadapan hakim sama.

FMT juga telah menghubungi peguam Zainul Rijal Abu Bakar, yang mengetuai pasukan guaman lapan anggota mewakili si ibu yang berusia 36 tahun.

Difahamkan, si ibu juga telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan habeas corpus yang membolehkan si bapa, seorang penoreh getah dan nelayan, bertemu semula dengan anaknya selepas tujuh bulan terpisah.

Peguam Hon Kai Ping menjalankan arahan memerhati untuk Majlis Peguam.

Walaupun terdapat perintah mahkamah, pegawai kebajikan berkenaan pergi ke rumah lelaki itu di penempatan Orang Asli di Rompin dan, mengikut peruntukan bawah Akta Kanak-Kanak 2001, mengambil kanak-kanak itu.

Mereka dipercayai bertindak sedemikian susulan laporan polis dibuat oleh si ibu, yang mendakwa anaknya didera.

Majistret Pekan Wahidah Zainal Abidin sebelum ini menolak tuntutan si ibu untuk mendapatkan hak penjagaan, serta permohonan jabatan kebajikan untuk mendapatkan hak penjagaan sementara ke atas kanak-kanak itu.

Sumber: Free Malaysia Today

Author