Connect with us

Antarabangsa

‘Scammer’ di Malaysia tipu rakyat Australia lebih RM3 bilion

Salah satu sindiket penipuan (scammer) yang menipu wang lebih AUD$1 bilion (RM3.01 bilion) milik sebilangan pelabur berjaya diberkas hasil kerja keras  seorang penyiasat Australia, lapor portal berita 9NEWS AU hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Scammer’ di Malaysia tipu rakyat Australia lebih RM3 bilion
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Salah satu sindiket penipuan (scammer) yang menipu wang lebih AUD$1 bilion (RM3.01 bilion) milik sebilangan pelabur berjaya diberkas hasil kerja keras  seorang penyiasat Australia, lapor portal berita 9NEWS AU hari ini.
  • Penyiasat jenayah siber berpangkalan di negeri New South Wales(NSW) itu  dan pengerusi global IFW, Ken Gamble melancarkan siasatan antarabangsa untuk membanteras komplot penipuan ‘bilik dandang’ yang menggunakan taktik jualan menerusi pusat-pusat panggilan untuk menekan pelabur supaya membeli saham palsu dalam sebilangan syarikat.
  • Gamble berkata, siasatan yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengenal pasti sindiket tersebut, membawa kepada 80 tangkapan termasuk ketua mereka. 

CANBERRA: Salah satu sindiket penipuan (scammer) yang menipu wang lebih AUD$1 bilion (RM3.01 bilion) milik sebilangan pelabur berjaya diberkas hasil kerja keras  seorang penyiasat Australia, lapor portal berita 9NEWS AU hari ini.

Penyiasat jenayah siber berpangkalan di negeri New South Wales(NSW) itu  dan pengerusi global IFW, Ken Gamble melancarkan siasatan antarabangsa untuk membanteras komplot penipuan ‘bilik dandang’ yang menggunakan taktik jualan menerusi pusat-pusat panggilan untuk menekan pelabur supaya membeli saham palsu dalam sebilangan syarikat.

Gamble berkata, siasatan yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengenal pasti sindiket tersebut, membawa kepada 80 tangkapan termasuk ketua mereka. 

“Ia satu perasaan yang hebat dapat menangkap mereka. Maksud saya ia adalah hasil kerja keras. Kami melancarkan siasatan ini dalam tahun 2020 apabila mendapat maklumat mengenai mereka,” katanya kepada  stesen radio Nine.

Sindiket itu  menyasarkan pelabur-pelabur yang tidak mengesyaki apa-apa di seluruh dunia, termasuk rakyat Australia yang ditipu sekitar AUD$1 bilion.

Gamble berkata, pada permulaan siasatan, mereka mendapati banyak wang yang ditipu daripada mangsa-mangsa,  dimasukkan ke dalam akaun bank di Hong Kong dan China. 

Selepas menjejaki dana tersebut, mereka mendapati wang itu seterusnya dipindahkan ke Thailand serta Singapura.

Dari Thailand, dana tersebut ditunaikan dan diangkut secara fizikal merentasi sempadan ke Malaysia.

“Kami mengetahui siapa sindiket itu sejak sekian lama tetapi kami gagal mengenal pasti di mana pejabat mereka. Itulah yang memerlukan usaha keras,” katanya.

Gamble kemudian menaiki penerbangan ke Malaysia dan menemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang membawa kepada penangkapan dan pembanterasan sindiket tersebut.

Menurutnya, siasatan kes itu masih diteruskan. – Agensi

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *