Connect with us

Antarabangsa

Bekas sami scam atas talian lebih 10 juta baht

Seorang bekas sami ditahan polis atas dakwaan menipu melalui perniagaan atas talian menjual artifak keagamaan dengan kerugian melebihi 10 juta baht (RM1.32 juta).

A.R. Khan

Published

on

Bekas sami scam atas talian lebih 10 juta baht
Foto: Bekas sami scam atas talian lebih 10 juta baht.
  • Seorang bekas sami ditahan polis atas dakwaan menipu melalui perniagaan atas talian menjual artifak keagamaan dengan kerugian melebihi 10 juta baht (RM1.32 juta).
  • Hasil penipuannya itu digunakan bagi keperluan harian, berjudi atas talian dan pembayaran sewa lokasi persembunyiannya.
  • Warakorn Kongu-tit, 46, merupakan penduduk wilayah Kamphaeng Phet yang ditahan dalam operasi beberapa pegawai kanan polis bersama pasukan PCT 5.
  • Ketika disoal siasat, Warakorn mengakui pernah berkhidmat sewaktu muda sebagai sami selama 11 tahun selain memperolehi ijazah sarjana mudanya dari kolej monastik.

Seorang bekas sami ditahan polis atas dakwaan menipu melalui perniagaan atas talian menjual artifak keagamaan dengan kerugian melebihi 10 juta baht (RM1.32 juta).

Hasil penipuannya itu digunakan bagi keperluan harian, berjudi atas talian dan pembayaran sewa lokasi persembunyiannya.

Warakorn Kongu-tit, 46, merupakan penduduk wilayah Kamphaeng Phet yang ditahan dalam operasi beberapa pegawai kanan polis bersama pasukan PCT 5.

Waran penahanannya dikeluarkan Mahkamah Wilayah Roi Et bertarikh 5 Julai lalu atas tuduhan, “penipuan dengan memberikan maklumat palsu kepada orang ramai secara tidak jujur serta menipu dengan memasukkan data komputer palsu yang boleh menyebabkan kerugian ke atas orang ramai”.

Manipulasi Warakorn bermula dengan membuat hantaran menggunakan beberapa akaun platform Facebook kendaliannya mengiklankan artifak keagamaan untuk dijual.

Hantarannya itu berjaya menarik perhatian pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada sami dan pengikut Buddha dari serata Thailand dan setelah mereka selesai membuat hantaran wang, dia menghentikan perhubungan mereka.

Ketika disoal siasat, Warakorn mengakui pernah berkhidmat sewaktu muda sebagai sami selama 11 tahun selain memperolehi ijazah sarjana mudanya dari kolej monastik.

Penahanan bekas sami itu berlaku di sebuah pasar malam yang sibuk di kawasan Phang Khon, timur laut wilayah Sakon Nakhon, Thailand.

Sumber: Thaiger

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending