Connect with us

Terkini

Scammer guna teknologi AI untuk menipu

Kepesatan teknologi ditambah kemajuan pesat AI mewujudkan peluang kepada scammer melakukan pelbagai modus operandi bagi menjerat mangsa.

Wartawan TMT

Published

on

Scammer guna teknologi AI untuk menipu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kepesatan teknologi ditambah kemajuan pesat AI mewujudkan peluang kepada scammer melakukan pelbagai modus operandi bagi menjerat mangsa.
  • Scammer mampu meniru rupa, suara, gelagat dan apa sahaja untuk tujuan penipuan menggunakan teknologi AI.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam kecanggihan dunia dalam talian disertai dengan kemajuan pesat AI, beliau nasihatkan masyarakat supaya jangan mudah terpedaya.
  • “Malah jangan percaya langsung. Semua maklumat memerlukan verifikasi dan tidak boleh diterima secara ‘total’.”

Kuala Lumpur: Kepesatan teknologi ditambah kemajuan pesat AI mewujudkan peluang kepada scammer melakukan pelbagai modus operandi bagi menjerat mangsa.

Malah menggunakan teknologi AI, scammer mampu meniru rupa, suara, gelagat dan apa sahaja untuk tujuan penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam kecanggihan dunia dalam talian disertai dengan kemajuan pesat AI, beliau nasihatkan masyarakat supaya jangan mudah terpedaya.

“Malah jangan percaya langsung. Semua maklumat memerlukan verifikasi dan tidak boleh diterima secara ‘total’.

“Pada zaman dulu ada pendapat mengatakan ‘jangan percaya kepada apa yang kamu dengar, percayalah separuh sahaja kepada apa yang kamu lihat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dalam dunia sekarang, kedua-duanya perlu diragukan.

“Ini disebabkan kita tidak lagi ketahui sama ada apa yang kita lihat (secara dalam talian) itu benar.

Advertisement

“Dunia AI boleh meniru rupa, suara, gelagat dan apa sahaja untuk tujuan penipuan,” katanya.

Ramli berkata, umpamanya, dengan teknik ‘phising’ nombor telefon beliau boleh ditiru kemudian menggunakan AI, suaranya juga boleh ditiru.

“Kedua ini digunakan oleh scammer untuk telefon kenalan mangsa dan melangsungkan perbuatan jenayah atas alasan meminjam wang dan sebagainya.

“Itu hanyalah senario, tetapi ia boleh berlaku dalam kepesatan teknologi AI sekarang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending