Connect with us

Antarabangsa

Singapura bentang RUU perangi scam & jenayah dalam talian

Rang undang-undang (RUU) yang bakal membolehkan pihak berkuasa Singapura menarik keluar sesuatu aplikasi, dibentangkan di Parlimen, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Singapura bentang RUU perangi scam & jenayah dalam talian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rang undang-undang (RUU) yang bakal membolehkan pihak berkuasa Singapura menarik keluar sesuatu aplikasi, dibentangkan di Parlimen.
  • Ia bertujuan memberi kuasa meluas kepada polis memerangi scam dan jenayah dalam talian.
  • Sekiranya diluluskan, RUU Ancaman Jenayah Dalam Talian antara lain membolehkan gedung aplikasi diarah supaya menarik keluar suatu aplikasi di Singapura, selain membolehkan penyedia perkhidmatan diarah supaya memberhentikan capaian kandungan tertentu.
  • Kementerian Dalam Negeri berkata, arahan sedemikian boleh dikeluarkan apabila terdapat kecurigaan munasabah bahawa suatu kegiatan dalam talian itu dilakukan untuk tujuan jenayah.

SINGAPURA: Rang undang-undang (RUU) yang bakal membolehkan pihak berkuasa Singapura menarik keluar sesuatu aplikasi, dibentangkan di Parlimen, semalam.

Ia bertujuan memberi kuasa meluas kepada polis untuk memerangi scam dan jenayah dalam talian.

Sekiranya diluluskan, RUU Ancaman Jenayah Dalam Talian antara lain membolehkan gedung aplikasi diarah supaya menarik keluar suatu aplikasi di Singapura, selain membolehkan penyedia perkhidmatan diarah supaya memberhentikan capaian kandungan tertentu.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, arahan sedemikian boleh dikeluarkan ‘apabila terdapat kecurigaan munasabah bahawa suatu kegiatan dalam talian itu dilakukan untuk tujuan jenayah.’

Menurutnya lagi, ‘pendekatan proaktif’ diperlukan untuk memerangi skala dan kepantasan jenayah kini.

RUU itu berkemungkinan besar akan diluluskan Parlimen Singapura.

Kementerian itu memaklumkan, sejumlah 33,669 kes scam dan jenayah siber dilaporkan di Singapura pada tahun lalu, meningkat 25.2 peratus berbanding 2021.

Advertisement

Pihak berkuasa turut mendedahkan, lebih 30 suspek kes dadah ditahan dalam operasi polis pada April tahun lalu yang menyasarkan kegiatan transaksi melalui aplikasi laman sembang.

Kementerian berkenaan menjelaskan, RUU itu diusulkan dalam usaha perundangan untuk menjadikan ruang siber lebih selamat.

The ministry said the proposed bill was the next piece in its “suite of legislation” to make the online space safer.

Dua tahun lalu, Singapura meluluskan undang-undang yang bertujuan mencegah campur tangan asing dalam politik republik ini.

Empat tahun lalu pula, Singapura meluluskan undang-undang memerangi ‘berita palsu’ yang memberikan menteri kuasa mengarah laman media sosial untuk meletak amaran di sebelah hantaran yang dianggap palsu oleh pihak berkuasa, malah dikeluarkan daripada platform itu bagi kes ekstrem.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Antarabangsa

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung

Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
  • “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
  • Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
  • Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
  • Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.

Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.

Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.

Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.

Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.

Advertisement

Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.

Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.

“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.

“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.

“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending