Connect with us

Antarabangsa

Linkin Park bakal gegarkan Riyadh pada 12 Disember

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kumpulan rock legenda Linkin Park akan membuat persembahan di Riyadh, Arab Saudi, bulan depan.
  • Kumpulan rock legenda Linkin Park akan membuat persembahan di Riyadh, Arab Saudi, bulan depan.
  • Kugiran ikonik Amerika, yang popular dengan lagu hits seperti In the End, Numb, Crawling, Breaking the habit, One more light dan banyak lagi, akan tampil dalam festival MDLBeast Soundstorm 2024 di Riyadh pada 12 Disember depan, lapor Khaleej Times.
  • Persembahan mereka adalah sebahagian daripada From Zero World Tour
  • Festival MDLBeast Soundstorm 2024 turut menampilkan penyanyi rap ikonik, Eminem dan pelbagai bintang lain.
  • Linkin Park secara rasmi mengumumkan kembali ke industri muzik pada September, dengan bahan baharu dan barisan diubah suai, tujuh tahun selepas kematian vokalisnya, Chester Bennington pada 2017.

Kumpulan rock legenda Linkin Park akan membuat persembahan di Riyadh, Arab Saudi, bulan depan.

Kugiran ikonik Amerika, yang popular dengan lagu hits seperti In the End, Numb, Crawling, Breaking the habit, One more light dan banyak lagi, akan tampil dalam festival MDLBeast Soundstorm 2024 di Riyadh pada 12 Disember depan, lapor Khaleej Times.

Persembahan mereka adalah sebahagian daripada From Zero World Tour

Festival MDLBeast Soundstorm 2024 turut menampilkan penyanyi rap ikonik, Eminem dan pelbagai bintang lain.

Linkin Park secara rasmi mengumumkan kembali ke industri muzik pada September, dengan bahan baharu dan barisan diubah suai, tujuh tahun selepas kematian vokalisnya, Chester Bennington pada 2017.

Penyanyi baharu Linkin Park, Emily Armstrong dan pemain dram, Colin Brittain akan menyertai ahli asal Mike Shinoda, Brad Delson, Phoenix dan Joe Hahn.

Kumpulan rock lagenda itu juga mengeluarkan album baharu mereka From Zero pada 15 November. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *