Antarabangsa
‘Scammer’ di Malaysia tipu rakyat Australia lebih RM3 bilion
Salah satu sindiket penipuan (scammer) yang menipu wang lebih AUD$1 bilion (RM3.01 bilion) milik sebilangan pelabur berjaya diberkas hasil kerja keras seorang penyiasat Australia, lapor portal berita 9NEWS AU hari ini.

- Salah satu sindiket penipuan (scammer) yang menipu wang lebih AUD$1 bilion (RM3.01 bilion) milik sebilangan pelabur berjaya diberkas hasil kerja keras seorang penyiasat Australia, lapor portal berita 9NEWS AU hari ini.
- Penyiasat jenayah siber berpangkalan di negeri New South Wales(NSW) itu dan pengerusi global IFW, Ken Gamble melancarkan siasatan antarabangsa untuk membanteras komplot penipuan ‘bilik dandang’ yang menggunakan taktik jualan menerusi pusat-pusat panggilan untuk menekan pelabur supaya membeli saham palsu dalam sebilangan syarikat.
- Gamble berkata, siasatan yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengenal pasti sindiket tersebut, membawa kepada 80 tangkapan termasuk ketua mereka.
CANBERRA: Salah satu sindiket penipuan (scammer) yang menipu wang lebih AUD$1 bilion (RM3.01 bilion) milik sebilangan pelabur berjaya diberkas hasil kerja keras seorang penyiasat Australia, lapor portal berita 9NEWS AU hari ini.
Penyiasat jenayah siber berpangkalan di negeri New South Wales(NSW) itu dan pengerusi global IFW, Ken Gamble melancarkan siasatan antarabangsa untuk membanteras komplot penipuan ‘bilik dandang’ yang menggunakan taktik jualan menerusi pusat-pusat panggilan untuk menekan pelabur supaya membeli saham palsu dalam sebilangan syarikat.
Gamble berkata, siasatan yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengenal pasti sindiket tersebut, membawa kepada 80 tangkapan termasuk ketua mereka.
“Ia satu perasaan yang hebat dapat menangkap mereka. Maksud saya ia adalah hasil kerja keras. Kami melancarkan siasatan ini dalam tahun 2020 apabila mendapat maklumat mengenai mereka,” katanya kepada stesen radio Nine.
Sindiket itu menyasarkan pelabur-pelabur yang tidak mengesyaki apa-apa di seluruh dunia, termasuk rakyat Australia yang ditipu sekitar AUD$1 bilion.
Gamble berkata, pada permulaan siasatan, mereka mendapati banyak wang yang ditipu daripada mangsa-mangsa, dimasukkan ke dalam akaun bank di Hong Kong dan China.
Selepas menjejaki dana tersebut, mereka mendapati wang itu seterusnya dipindahkan ke Thailand serta Singapura.
Dari Thailand, dana tersebut ditunaikan dan diangkut secara fizikal merentasi sempadan ke Malaysia.
“Kami mengetahui siapa sindiket itu sejak sekian lama tetapi kami gagal mengenal pasti di mana pejabat mereka. Itulah yang memerlukan usaha keras,” katanya.
Gamble kemudian menaiki penerbangan ke Malaysia dan menemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang membawa kepada penangkapan dan pembanterasan sindiket tersebut.
Menurutnya, siasatan kes itu masih diteruskan. – Agensi
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular