Connect with us

Terkini

Jangan jawab panggilan telefon dari Pusat Respon Scam Kebangsaan – PDRM

Orang ramai diminta untuk tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).

Wartawan TMT

Published

on

Orang ramai diminta untuk tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Orang ramai diminta untuk tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).
  • Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Rahmat Fitri Abdullah, panggilan telefon tersebut merupakan kaedah terbaharu scammer untuk menjerat individu ke dalam jenayah scam.
  • NSRC, kata beliau, diwujudkan untuk menerima panggilan daripada pengadu yang dikhuatiri terjerumus dalam jenayah scam.
  • Badan berkenaan, tegas Rahmat Fitri, tidak akan sesekali melakukan panggilan telefon kepada sesiapa.

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta untuk tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Rahmat Fitri Abdullah, panggilan telefon tersebut merupakan kaedah terbaharu scammer untuk menjerat individu ke dalam jenayah scam.

NSRC, kata beliau, diwujudkan untuk menerima panggilan daripada pengadu yang dikhuatiri terjerumus dalam jenayah scam.

Justeru, badan berkenaan, tegas Rahmat Fitri, tidak akan sesekali melakukan panggilan telefon kepada sesiapa.

Selain PDRM, Kewujudan NSRC juga, jelasnya, merupakan inisitiaf bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM).

“PDRM, SKMM, Bank Negara dan ahli jawatankuasa terlibat telah mewujudkan kemudahan kepada seluruh masyarakat, di luar sana, bagi mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa scam untuk menghubungi NSRC.

“Sekarang ini scammer telah menggunakan nama NSRC ini untuk scam mangsa. Jadi jika anda menerima sebarang panggilan telefon daripada NSRC dan kata dia mewakili NSRC, itu adalah scam,” ujarnya dalam satu perkongsian di platform TikTok.

Advertisement

Selain itu, beliau berkata, nombor talian aduan kepada NSRC hanya mempunyai tiga digit sahaja iaitu 997.

“NSRC hanya berfungsi untuk anda menghubungi mereka dan bukan mereka menghubungi anda. Petanda yang paling mudah untuk anda tahu itu adalah scam, sangat mudah kerana NSRC ini, nombor taliannya hanya tiga digit sahaja, iaitu 997.

“Dan jika yang hubungi anda itu berkata mereka mewakil NSRC keluar nombor lain, selain daripada tiga digit tersebut, itu adalah panggilan dari scammer,” tambahnya.

Justeru, beliau memohon mana-mana individu untuk sentiasa peka dan menghebahkan fungsi sebenar NSRC ini kepada orang lain bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa jenayah scam.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending