Terkini
Program Payung Rahmah tidak sesuai untuk jangka masa panjang
Program Payung Rahmah yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan B40 mendepani isu kos sara hidup adalah satu inisiatif baik, namun bukan untuk jangka masa panjang.
- Program Payung Rahmah diperkenalkan kerajaan bagi bantu golongan B40 mendepani isu kos sara hidup adalah satu inisiatif baik, namun bukan untuk jangka masa panjang.
- Tanpa penstrukturan dan perancangan yang betul, ia akan beri impak negatif kepada ekonomi, khususnya kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). – Pengasas Bersama Industries Unite (IU), Datuk David Gurupatham
- “Untuk tempoh singkat, retailer dan pengeluar boleh absorb tetapi untuk jangka masa panjang, kalau tidak distruktur dengan betul, ia tak baik untuk ekonomi khasnya PMKS sebab mereka tak ada profit tetapi sentiasa kena keluarkan kos tinggi.
- “Jadi kena kaji dengan betul, tahu di mana pembaziran dalam ekonomi dan rantaian bekalan, selain kena ada langkah lain seperti turunkan kos bekalan, galakkan pembelian atas talian dan sebagainya,” katanya ketika muncul sebagai tetamu program Pantau Kos Sara Hidup.
KUALA LUMPUR: Program Payung Rahmah yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan B40 mendepani isu kos sara hidup adalah satu inisiatif baik, namun bukan untuk jangka masa panjang.
Pengasas Bersama Industries Unite (IU), Datuk David Gurupatham berkata, tanpa penstrukturan dan perancangan yang betul, ia akan memberi impak negatif kepada ekonomi, khususnya kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“Untuk tempoh singkat, retailer dan pengeluar boleh absorb tetapi untuk jangka masa panjang, kalau tidak distruktur dengan betul, ia tak baik untuk ekonomi khasnya PMKS sebab mereka tak ada profit tetapi sentiasa kena keluarkan kos tinggi.
“Ini ada impak negatif, mereka akan gulung tikar dan kalau PMKS gulung tikar, susah untuk kita kerana mereka menyumbang 70 peratus ekonomi negara.
“Jadi kena kaji dengan betul, tahu di mana pembaziran dalam ekonomi dan rantaian bekalan, selain kena ada langkah lain seperti turunkan kos bekalan, galakkan pembelian atas talian dan sebagainya,” katanya ketika muncul sebagai tetamu program Pantau Kos Sara Hidup, pada Rabu.
Berhubung kenaikan harga barangan semasa musim perayaan, David menjelaskan kerajaan perlu mencari jalan untuk meningkatkan rantaian bekalan kerana punca utama situasi itu ialah kerana sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menyimpan stok (hoarding) sehingga menyebabkan bekalan berkurangan.
“Musim perayaan permintaan tinggi kerana orang beli barang sama. Apabila tak cukup supply harga akan naik, jadi kena cari jalan macam mana nak turunkan harga.
“Pertama kena ada plan meningkatkan bekalan sebab kita tahu ada pihak suka hoarding, jadi kalau bekalan banyak, hoarding tidak efektif jadi harga akan turun.
“Kedua masalah gaji, keupayaan membeli di musim perayaan kerana kita tahu ada kos lain yang pengguna kena beri perhatian.
“Jadi kita boleh beri mereka bantuan, mungkin subisidi yang bersasar seperti elektrik, air, petrol dan pengangkutan supaya mereka ada keupayaan membeli,” tambahnya.
Beliau dalam masa yang sama melihat perlunya subsidi bersasar dilaksanakan segera bagi membolehkan imbangan dalam ekonomi diperolehi, sekali gus menurunkan harga barang bagi tempoh jangka panjang.
“Kalau tengok sistem subsidi sekarang, RM80 bilion dibelanja untuk subsidi. Kalau wang itu masuk dalam ekonomi, ini akan dapat mengimbangi ekonomi.
“Kerajaan juga boleh buat pelan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun seperti cari jalan naikkan gaji,” jelasnya lagi.
Sumber: Astro Awani