Terkini
Peniaga restoran hanya dibenar beli 10 kampit beras tempatan – Mohamad Sabu
Peniaga restoran mula dikenakan catuan iaitu sebanyak 10 kampit beras tempatan dalam memastikan keterjaminan bekalannya dalam pasaran negara bermula awal bulan ini.

- Peniaga restoran mula dikenakan catuan iaitu sebanyak 10 kampit beras tempatan dalam memastikan keterjaminan bekalannya dalam pasaran negara bermula awal bulan ini.
- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, para peniaga hanya dibenarkan membeli beras tempatan di sesebuah pasar raya besar.
- “Pemilik restoran pula hanya membeli beras import pada harga borong selepas perbincangan dilakukan bersama pemborong dengan campur tangan kerajaan.
- “Ini disebabkan beras tempatan kalau keadaan biasa mencukupi melainkan kalau restoran besar membeli beras tempatan dalam kuantiti besar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja pelan intervensi pengedaran beras putih tempatan (BPT), hari ini.
SHAH ALAM: Peniaga restoran mula dikenakan catuan iaitu sebanyak 10 kampit beras tempatan dalam memastikan keterjaminan bekalannya dalam pasaran negara bermula awal bulan ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, para peniaga hanya dibenarkan membeli beras tempatan di sesebuah pasar raya besar.
“Pemilik restoran pula hanya membeli beras import pada harga borong selepas perbincangan dilakukan bersama pemborong dengan campur tangan kerajaan.
“Ini disebabkan beras tempatan kalau keadaan biasa mencukupi melainkan kalau restoran besar membeli beras tempatan dalam kuantiti besar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja pelan intervensi pengedaran beras putih tempatan (BPT), hari ini.
Beliau menambah, tidak timbul isu sorok bekalan seperti didakwa segelintir pihak sebagai tindakan menaikkan harga beras.
“Cakap-cakap itu ada namun buktinya tiada. Ini seperti dalam isu penukaran kampit beg beras. Kalau ada maklumat beritahu. Setakat ini, hanya khabar angin yang tidak kita temui dari sudut rasminya (kesahihan),” tegasnya.
Ketika ditanya cadangan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diberikan kuasa lebih luas dalam penguatkuasaan dalam hal berkaitan beras, Mohamad menegaskan, perkara itu memerlukan perbincangan yang lanjut.
“Bahkan, kalau sudah sampai peringkat runcing mungkin kita akan melibatkan Polis Diraja Malaysia. Namun, (masalah beras) belum peringkat tersebut.
“Insya-Allah, bila berlaku tuaian padi di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang sekarang ini sudah 20 peratus dan kita jangka beras tempatan akan berada sebaiknya di pasaran,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel