Connect with us

Terkini

Tiada polisi hanya pelajar B40 boleh masuk MRSM – Asyraf Wajdi

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak pernah ada polisi bahawa hanya pelajar miskin sahaja yang boleh memasuki sekolah tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada polisi hanya pelajar B40 boleh masuk MRSM – Asyraf Wajdi
Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak pernah ada polisi hanya pelajar miskin boleh masuk sekolah tersebut.
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cuma keutamaan MRSM diberikan lebih kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah.
  • Jelas beliau, polisi MARA menetapkan kuota 60 peratus anak-anak pelajar MRSM dari kalangan B40 dan selebihnya mereka yang layak (lulus Ujian Kemasukan Ke MRSM-UKKM) dalam kalangan M40 dan T20.
  • “Kepelbagaian latar-belakang pelajar-pelajar dalam MRSM mampu memupuk nilai-nilai positif dalam pergaulan untuk saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan mengikis rasa rendah diri mahupun besar diri dikalangan pelajar.”
  • “Ini juga persiapan untuk pelajar hidup dalam dunia realiti yang hakikatnya terdiri daripada masyarakat pelbagai status ekonomi,” katanya menjawab komen-komen pelbagai pihak yang mahu MRSM kembali kepada tujuan asal membantu anak-anak B40, bukan M40 dan T20.

KUALA LUMPUR – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak pernah ada polisi bahawa hanya pelajar miskin sahaja yang boleh memasuki sekolah tersebut.

Sebaliknya, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cuma keutamaan MRSM diberikan lebih kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah.

Jelas beliau, polisi MARA menetapkan kuota 60 peratus adalah anak-anak pelajar MRSM adalah dari kalangan B40 dan selebihnya mereka yang layak (lulus Ujian Kemasukan Ke MRSM-UKKM) dalam kalangan M40 dan T20.

Katanya, MRSM dari awal penubuhan tidak pernah menutup peluang anak-anak golongan kenamaan yang layak untuk masuk ke MRSM, bahkan anak Perdana Menteri pun pernah belajar di MRSM Pengkalan Chepa dan menjadi Presiden ANSARA.

“Kepelbagaian latar-belakang pelajar-pelajar dalam MRSM mampu memupuk nilai-nilai positif dalam pergaulan untuk saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan mengikis rasa rendah diri mahupun besar diri dikalangan pelajar.

“Ini juga persiapan untuk pelajar hidup dalam dunia realiti yang hakikatnya terdiri daripada masyarakat pelbagai status ekonomi,” katanya yang menjawab komen-komen pelbagai pihak yang mahu MRSM mesti kembali kepada tujuan asal membantu anak-anak B40, bukan M40 dan T20.

Malah, ada pihak yang komen sejak bila ada anak-anak VIP, T20 masuk MRSM, ini mesti guna kabel!

Advertisement

Asyraf berkata, sejak penubuhan institusi pendidikan itu, keutamaan MRSM tetap diberikan kepada anak daripada golongan berpendapatan rendah.

“Lazimnya ibu bapa dari kalangan M40 dan T20 yang banyak membantu Persatuan Muafakat (PIBG) dalam pelbagai aktiviti dan pendanaan tambahan yang diperlukan untuk program pembangunan pelajar. Cuba bayangkan jika semuanya daripada B40, siapakah yang boleh membantu Persatuan Muafakat dan pelbagai aktiviti tambahan di MRSM?

“M40 menurut tafsiran kerajaan adalah mereka yang berpendapatan isi-rumah (suami isteri) antara RM5,000-RM10,000. Justeru, tidak semestinya mereka yang berpendapatan RM5,000 dengan anak lebih daripada 3 orang yang menetap di bandar besar itu semuanya senang. Justeru tidak adil secara mutlak menafikan mereka,” tambah beliau lagi.

Menurut Asyraf kepelbagaian latar-belakang keluarga MRSM inilah yang telah berjaya meningkatkan kecemerlangannya selama ini dengan pelbagai aktiviti dijalankan dengan prinsip saling bantu-membantu dan lengkap-melengkapi.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending