Terkini
KPT pertimbang laluan khas pelajar aliran agama ke politeknik, TVET
Kementerian Pendidikan Tinggi, sedang menimbang membuka satu laluan khas ke politeknik dan program TVET kepada pelajar aliran agama, huffaz dan lepasan maahad tahfiz.
- Kementerian Pendidikan Tinggi, sedang menimbang membuka satu laluan khas ke politeknik dan program TVET kepada pelajar aliran agama, huffaz dan lepasan maahad tahfiz.
- Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha itu selari Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan prinsip serta aspirasi Malaysia MADANI mengangkat nilai unggul dalam diri untuk disatukan dengan kemahiran terbaik.
- “Ini bermakna, jika sekarang ini, Program Techno Huffaz hanya dilaksanakan secara khusus dan terhad kepada 4 program di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Maka, selepas ini, pelajar tahfiz, aliran agama dan lepasan maahad akan mempunyai peluang serta laluan yang lebih besar dan pelbagai untuk mengikuti pengajian TVET di semua politeknik di bawah KPT,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi, sedang menimbang membuka satu laluan khas ke politeknik dan program TVET kepada pelajar aliran agama, huffaz dan lepasan maahad tahfiz.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha itu selari dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan prinsip serta aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat nilai unggul dalam diri untuk disatukan dengan kemahiran terbaik.
“Ini bermakna, jika sekarang ini, Program Techno Huffaz hanya dilaksanakan secara khusus dan terhad kepada 4 program di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Maka, selepas ini, pelajar tahfiz, aliran agama dan lepasan maahad akan mempunyai peluang serta laluan yang lebih besar dan pelbagai untuk mengikuti pengajian TVET di semua politeknik di bawah KPT,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
KPT ujar beliau turut menyediakan laluan khas kemasukan kepada golongan rentan.
Ia termasuklah laluan khas kepada golongan B40, OKU dan Orang Asli.
Menurut beliau lagi, kemasukan ke politeknik bagi Sesi 1: 2023/2024 adalah seramai 20,520 orang, iaitu peningkatan lebih 20 peratus berbanding sesi sama pada tahun 2022/2023 iaitu seramai 16,962.
Manakala bagi semua program TVET yang diuruskan oleh KPT sebanyak 79.6 peratus daripada tempat yang tersedia telah diisi dengan jumlah enrolmen semasa mencecah kira-kira 144,816 pelajar secara keseluruhannya.
Tambahnya lagi, pihaknya kini sedang dalam proses untuk menambah beberapa lagi penawaran program yang diselarikan dengan New Industrial Masterplan (NIMP) 2030 yang merangkumi bidang-bidang terkini dan termaju.
Misalnya kemahiran dan pengendalian peralatan perubatan serta teknologi dalam disiplin kejuruteraan, elektrik dan mekanikal pembuatan.
Sumber: Buletin TV3
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times