Terkini
Jangan tangguh, tolak tawaran MARA jika tidak mampu – Asyraf Wajdi
Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak menangguhkan atau menolak tawaran dari Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA.

- Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan tidak menangguh atau menolak tawaran Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA.
- Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana membantu pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah menjadi keutamaan MARA.
- ““Anak saya dapat tawaran ke Institut Kemahiran MARA Besut tapi kami ada masalah wang untuk membayar pendaftaran RM350. Boleh ke saya minta untuk tangguh pengajian dia atau tolak tawaran tersebut?”. Mesej yang saya terima dalam inbox facebook saya pagi ini (semalam).
- “Saya sudahpun minta semua institusi pendidikan MARA, jika ada kes-kes pelajar yang tidak mampu bayar yuran atau kos-kos awalan lain, terima dahulu mereka masuk.
- “Pelajar-pelajar boleh bayar secara ansuran atau banyak kaedah lain untuk membantu”, katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak menangguhkan atau menolak tawaran dari Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana membantu pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah sememangnya menjadi keutamaan MARA.
““Anak saya dapat tawaran ke Institut Kemahiran MARA Besut tapi kami ada masalah wang untuk membayar pendaftaran RM350. Boleh ke saya minta untuk tangguh pengajian dia atau tolak tawaran tersebut?”. Mesej yang saya terima dalam inbox facebook saya pagi ini (semalam).
“Saya sudahpun minta semua institusi pendidikan MARA, jika ada kes-kes pelajar yang tidak mampu bayar yuran atau kos-kos awalan lain, terima dahulu mereka masuk.
“Pelajar-pelajar boleh bayar secara ansuran atau banyak kaedah lain untuk membantu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
Asyraf Wajdi memberi peringatan bahawa penglibatan dalam program TVET atau kemahiran disediakan MARA mampu mengubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia.
Katanya, pelajar mengambil peluang mengikuti program itu berpotensi peroleh gaji yang lumayan dan bermaruah.
“Yang penting ambil peluang masuk dalam program-program TVET atau kemahiran yang MARA sediakan kerana ia mampu merubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia beserta potensi gaji yang lumayan dan bermaruah,” katanya.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata saranan itu terpakai untuk semua Institusi Pendidikan MARA, termasuk Maktab Rendah Sains MARA, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Profesional Mara, Kolej Mara, Kolej Polytech-Mara, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Poly-Tech Malaysia.
Perkongsian Asyraf Wajdi menerima maklum balas baik daripada pengguna Facebook di media sosial beliau.
Pengguna Facebook Idah Abdullah bersetuju dengan kenyataan Asyraf Wajdi dengan berkata ramai anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah mendapat bantuan MARA.
“Benar Datuk. MRSM tempat anak saya belajar, B40 memang ramai yang dapat bantuan dari pihak Mara. Mara memang perjuangkan anak-anak B40,” katanya.
Pengguna Dayang Masturah pula menceritakan pengalaman semasa mendaftarkan anaknya memasuki tingkatan satu di MRSM.
Dayang meminta pertimbangan pihak MRSM untuk menangguhkan dahulu bayaran dan bantuan untuk persediaan kelengkapan memasuki asrama.
“Bila baca list segala bayaran terasa berat sangat masa tu. Mana untuk persediaan kelengkapan anak masuk asrama, baju sekolah tapi saya gagahkan diri sahaja masa tu berharap MRSM boleh bagi pertimbangan untuk bayaran tersebut.
“Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan segala pakaian sekolah pihak koperasi MRSM KK yang sediakan. Rasa terharu masa tu dan nak nangis tapi gagahkan diri depan anak tidak nangis,” katanya. — The Merdeka Times
