Terkini
(VIDEO) Pengacara lelaki nafi berpakaian wanita ketika acara libatkan sekolah rendah
Susulan dakwaan pengacara lelaki berpakaian wanita dijemput dalam sesi ‘Love Yourself’ di sekolah rendah, individu terbabit menegaskan dia tidak pernah berpakaian wanita apabila memenuhi jemputan dalam acara melibatkan kanak-kanak.

- Fairuz Ahmad atau lebih dikenali sebagai Embun JB berkata jika dia berpakaian seperti wanita itu atas tuntutan kerja dan memenuhi permintaan klien demi ‘sesuap nasi’ tapi setakat hari ini dia berpakaian lelaki apabila memenuhi jemputan di sekolah.
- Dia sangat rapat dengan kanak-kanak maka pihak sekolah menjemputnya sebagai pengacara untuk memudahkan acara dilangsungkan.
- Susulan klip viral dia berpakaian seragam sekolah wanita, segmen yang sepatutnya berlangsung 19 Mac dalam satu acara di sekolah rendah dibatalkan.
- “Saya dah buat (mengacara) banyak kali di sekolah itu, pakai pakaian biasa, very manly approach kanak-kanak dan it’s most a success,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
- “Pasal LGBT itu semua saya rasa ia tidak timbul kebimbangan yang macam kita akan terapkan kepada kanak-kanak LGBT ialah current issue maksudnya isu satu dunia.
- “Kita sebagai ibu bapa yang kena pantau sebab apa kalau awak tengok apa Caprice buat itu dia ambil video dari event lain dan dia masukan seolah-olah saya ke sekolah dengan berpakaian wanita…tapi sebenarnya tidak.
KUALA LUMPUR – Susulan dakwaan pengacara lelaki berpakaian wanita dijemput dalam sesi ‘Love Yourself’ di sekolah rendah, individu terbabit menegaskan dia tidak pernah berpakaian wanita apabila memenuhi jemputan dalam acara melibatkan kanak-kanak.
Fairuz Ahmad atau lebih dikenali sebagai Embun JB berkata jika dia berpakaian seperti wanita itu atas tuntutan kerja dan memenuhi permintaan klien demi ‘sesuap nasi’ namun setakat hari ini dia berpakaian lelaki apabila memenuhi jemputan di sekolah.
Katanya, dia sangat rapat dengan kanak-kanak maka pihak sekolah menjemputnya sebagai pengacara untuk memudahkan acara yang dilangsungkan.
Embun JB memberitahu susulan klip melibatkan dia berpakaian seragam sekolah wanita viral, segmen yang sepatutnya berlangsung pada 19 Mac dalam satu acara di sekolah rendah dibatalkan Sabtu lalu.
View this post on Instagram
“Di Malaysia ini taboo (lelaki berpakaian wanita), maksudnya ia larangan dan dilarang oleh agama cuma bagi saya itu untuk saya cari makan.
“Kalau awak perasan saya tak ada buat maklum balas tentang apa yang belah sana (Caprice) dah buat…saya tak suka kontroversi…tak suka sesuatu yang menimbulkan kerisauan rakyat saya tak nak… benda ini simple sahaja, ini namanya kerja.
“Saya dah buat (mengacara) banyak kali di sekolah itu, pakai pakaian biasa, very manly approach kanak-kanak dan it’s most a success,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Embun JB berkata cara mendekati golongan kanak-kanak juga berbeza dengan dewasa justeru kita perlu bijak memainkan peranan dalam perkara tersebut.
Mengulas kebimbangan sesetengah pihak yang melihat dia berpakaian wanita dan dikhuatiri menormalisasikan LGBTQ+, Embun JB berkata individu yang muncul dikhalayak ramai perlu mempunyai ilmu, beradab dan menjaga sensitiviti memandangkan kita hidup dalam kalangan masyarakat majmuk.
“Pasal LGBT itu semua saya rasa ia tidak timbul kebimbangan yang macam kita akan terapkan kepada kanak-kanak LGBT ialah current issue maksudnya isu satu dunia.
“Kita sebagai ibu bapa yang kena pantau sebab apa kalau awak tengok apa yang Caprice buat itu dia ambil video dari event lain dan dia masukan seolah-olah saya ke sekolah dengan berpakaian wanita…tapi sebenarnya tidak.
“Apa yang di reflect dalam media sosial itu terpulang kepada dia tapi dia pandailah sebab apa? Masa itu saya pakai baju sekolah perempuan untuk Annual Dinner di hotel terkemuka di Johor Bahru…dia manipulate tapi saya okey sahaja,” katanya yang turut berkongsi setakat hari ini dia telah menerima empat jemputan dari sekolah.
Pada masa sama, pihak sekolah yang dikaitkan dengan klip pendek dikongsikan pempengaruh Caprice di Instagram beberapa hari lalu memaklumkan kepada The Merdeka Times bahawa pihak mereka enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut.— The Merdeka Times.
