Connect with us

Antarabangsa

Korea Selatan perkenal buku teks digital AI mulai 2025

Buku teks digital dipacu kecerdasan buatan (AI) bakal diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah awam di Korea Selatan bermula tahun 2025, sebagai respons kepada peningkatan keperluan untuk pelbagai kandungan pembelajaran.

Wartawan TMT

Published

on

Korea Selatan perkenal buku teks digital AI mulai 2025
Foto: Menteri Pendidikan Korea, Lee Ju-ho mengumumkan visi kementerian untuk inisiatif pendidikan digital pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Sejong pada 22 Feb.
  • Buku teks digital dipacu kecerdasan buatan (AI) bakal diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah awam di Korea Selatan bermula tahun 2025, sebagai respons kepada peningkatan keperluan pelbagai kandungan pembelajaran.
  • Menurut Kementerian Pendidikan Korea Selatan, buku teks digital AI itu merupakan sebahagian usaha inovasi pendidikan digital oleh kerajaan bagi menawarkan kandungan pembelajaran yang pelbagai melalui perkembangan metasemesta dan teknologi AI interaktif.
  • Penggunaan buku teks digital itu juga dijangka memungkinkan pembelajaran yang disesuaikan untuk setiap pelajar individu pada tahap pembelajaran yang berbeza.
  • Fasa permulaan, buku teks digital berkenaan disediakan bagi mata pelajaran matematik, bahasa Inggeris dan informatik, mulai tahun 2025.

SEOUL: Buku teks digital dipacu kecerdasan buatan (AI) bakal diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah awam di Korea Selatan bermula tahun 2025, sebagai respons kepada peningkatan keperluan untuk pelbagai kandungan pembelajaran.

Menurut Kementerian Pendidikan Korea Selatan, buku teks digital AI itu merupakan sebahagian usaha inovasi pendidikan digital oleh kerajaan bagi menawarkan kandungan pembelajaran yang pelbagai melalui perkembangan metasemesta dan teknologi AI interaktif.

Penggunaan buku teks digital itu juga dijangka memungkinkan pembelajaran yang disesuaikan untuk setiap pelajar individu pada tahap pembelajaran yang berbeza, lapor Yonhap.

Murid tahun tiga dan empat di sekolah rendah dan pelajar tingkatan satu di sekolah menengah akan menjadi penerima pertama manfaat buku teks digital itu.

Untuk fasa permulaan, buku teks digital berkenaan disediakan bagi mata pelajaran matematik, bahasa Inggeris dan informatik, mulai tahun 2025.

Pada tahun 2026 pula, buku teks digital akan diperluaskan kepada murid tahun lima dan enam sekolah rendah dan pelajar tahun dua sekolah menengah, dengan menambah empat mata pelajaran – bahasa Korea, sosial, sains dan teknologi dan ekonomi rumah tangga.

Pelajar tahun tiga sekolah menengah akan ditawarkan buku teks digital pada tahun berikutnya.

Buku teks digital subjek sejarah untuk sekolah menengah akan mula diperkenalkan pada tahun 2027, diikuti mata pelajaran bahasa Korea, sosial, sains dan sejarah umum Korea pada tahun 2028, menurut kementerian itu.

Ini bermakna, buku teks digital akan digunakan untuk semua subjek mulai tahun 2028, kecuali untuk subjek yang berdasarkan aktiviti seperti muzik, seni, pendidikan jasmani dan etika, yang memerlukan pendidikan secara bersemuka.

Murid tahun satu dan dua sekolah rendah akan dikecualikan daripada penggunaan buku teks digital, kerana dianggap terlalu awal untuk didedahkan dengan peranti digital.

Menurut kementerian, pengenalan buku teks digital tidak bermakna buku teks biasa tidak lagi digunakan di sekolah.

“Buku teks biasa dan digital, kedua-duanya akan digunakan di sekolah sehingga semua pelajar, ibu bapa dan guru dapat mahir menggunakan buku teks digital AI dan sehingga hasil pendidikan yang diingini berjaya dicapai,” menurut kementerian itu.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Russia haramkan pengambilan anak angkat bagi negara mesra transgender

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.
  • RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.
  • Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.
  • “Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.
  • Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.
  • Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.
  • Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.

Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.

“Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.

Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.

Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.

Amerika Syarikat (AS) dan ramai sekutunya menerima prosedur sedemikian beberapa tahun kebelakangan ini dan menggelarnya “pengesahan jantina”.

Ramai pegawai awam di seluruh barat berikrar menyokong perjuangan LGBT pada “Hari Antarabangsa menentang Homophobia, Biphobia & Transphobia” (IDAHOBIT) minggu lalu.

Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Gereja Ortodoks Russia sejak itu mencadang diharamkan pengambilan anak angkat peringkat antarabangsa oleh negara-negara yang membenarkan prosedur “perubahan jantina,” yang kemudiannya diberi perhatian Ahli Parlimen. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending