Connect with us

Terkini

Syor sejarah Palestin dimasukkan dalam kurikulum sekolah, IPTA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disyorkan untuk memperkenalkan Sejarah Palestin di peringkat  sekolah rendah dan menengah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui pendekatan ko-akademik dan kokurikulum.

Hidayah Sani

Published

on

Syor sejarah Palestin dimasukkan dalam kurikulum sekolah, IPTA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KPM disyor memperkenalkan Sejarah Palestin di peringkat  sekolah rendah dan menengah hingga ke IPTA melalui pendekatan ko-akademik dan kokurikulum.
  • Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata syor tersebut adalah untuk menghidupkan kisah perjuangan Palestin supaya pelajar hari ini memahami dan menghayatinya. 
  • “(KPM wajar) memasukkan kisah sejarah umat Islam Palestin berdepan Rejim Apartheid Zionis Israel dalam subjek sivik dan kewarganegaraan atau Pendidikan Islam berkaitan hak asasi manusia menurut Islam dan Perlembagaan negara untuk diambil pengajaran dalam kerangka membina keharmonian kaum di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
  • Gaza, Palestin, kini di ambang krisis kemanusiaan terburuk selepas rejim zionis melakukan sekatan total dengan menyekat bekalan air, elektrik, makanan dan bahan api ketika ‘hukuman kolektif’ serangan udara dilakukan ke atas wilayah konflik dikepung sejak 2007 itu.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disyorkan untuk memperkenalkan Sejarah Palestin di peringkat  sekolah rendah dan menengah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui pendekatan ko-akademik dan kokurikulum.

Menyifatkan langkah itu sebagai wajar, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata syor tersebut adalah untuk menghidupkan kisah perjuangan Palestin supaya pelajar hari ini memahami dan menghayatinya. 

Beliau turut mengesyorkan modul tentang sejarah kepahlawanan dan keperwiraan pejuang Palestin diwujudkan bagi menyemai semangat patriotik mempertahankan sejarah bangsa yang berdaulat melalui aktiviti ko-kurikulum badan beruniform.

“(KPM wajar) memasukkan kisah sejarah umat Islam Palestin berdepan Rejim Apartheid Zionis Israel dalam subjek sivik dan kewarganegaraan atau Pendidikan Islam berkaitan hak asasi manusia menurut Islam dan Perlembagaan negara untuk diambil pengajaran dalam kerangka membina keharmonian kaum di Malaysia.

“Mengadakan kerjasama dengan NGO-NGO yang memperjuangkan isu Palestin demi memberikan kesedaran kepada generasi pelajar sejak di peringkat sekolah lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Lebih 3,500 rakyat Palestin terbunuh selepas rejim Israel melakukan serangan udara ke atas wilayah Gaza, manakala 1,400 tentera zionis dan penduduk Israel maut dalam serangan pejuang Hamas sejak 7 Oktober lalu.

Gaza kini di ambang krisis kemanusiaan terburuk selepas rejim zionis melakukan sekatan total dengan menyekat bekalan air, elektrik, makanan dan bahan api ketika ‘hukuman kolektif’ serangan udara dilakukan ke atas wilayah konflik dikepung sejak 2007 itu.

Advertisement

Portal The National News melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Rabu berkata, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bersetuju untuk membuka sempadan Rafah ke Gaza untuk membenarkan kemasukan 20 lori membawa bantuan kemanusiaan.

Bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa sehingga Jumaat sebelum bantuan itu sampai ke Gaza, berikutan keadaan jalan raya yang teruk. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Mohd Azizee Hasan

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending