Connect with us

Antarabangsa

Sekolah di AS alih keluar kitab Injil kerana kandungan “kasar dan ganas”

Pihak berkuasa daerah Utah, Amerika Syarikat (AS) mengalih keluar kitab Injil dari sekolah rendah dan menengah kerana mengandungi “kekasaran dan keganasan”.

Wartawan TMT

Published

on

Pihak berkuasa daerah Utah, Amerika Syarikat (AS) mengalih keluar kitab Injil dari sekolah rendah dan menengah kerana mengandungi “kekasaran dan keganasan”.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa daerah Utah, Amerika Syarikat (AS) mengalih keluar kitab Injil dari sekolah rendah dan menengah kerana mengandungi “kekasaran dan keganasan”.
  • Keputusan itu dibuat minggu lalu oleh Sekolah Daerah Davis di utara Salt Lake City selepas aduan difailkan ibu bapa pada Disember 2022.
  • Bagaimanapun mereka tidak menjelaskan alasannya atau petikan yang mengandungi “kekasaran atau keganasan” di dalam kitab agama Kristian itu.

Pihak berkuasa daerah Utah, Amerika Syarikat (AS) mengalih keluar kitab Injil dari sekolah rendah dan menengah kerana mengandungi “kekasaran dan keganasan”.

Memetik laporan BBC, keputusan itu dibuat minggu lalu oleh Sekolah Daerah Davis di utara Salt Lake City selepas aduan difailkan pada Disember 2022.

Aduan daripada ibu bapa itu mendakwa Injil versi Raja James mempunyai bahan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. 

Menurut pihak sekolah, mereka mengeluarkan tujuh atau lapan naskah Injil yang ada di rak sekolah dan menjelaskan naskah itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada sukatan pelajaran.

Bagaimanapun mereka tidak menjelaskan alasannya atau petikan yang mengandungi “kekasaran atau keganasan” di dalam kitab agama Kristian itu. 

Menurut akhbar Salt Lake Tribune, Injil versi Raja James “tidak mempunyai nilai serius untuk kanak-kanak di bawah umur kerana ia adalah pornografi mengikut definisi baharu kami,” kata ibu bapa yang mengadu merujuk kepada undang-undang larangan buku 2022.

Terdahulu, kerajaan negeri Utah meluluskan undang-undang pada 2022 yang melarang buku “lucah atau tidak senonoh” dari sekolah.

Kebanyakan buku diharamkan setakat ini berkaitan topik orientasi dan identiti seksual.

Pengharaman Injil itu berlaku ketika usaha lebih besar pihak konservatif AS untuk mengharamkan ajaran topik hak LGBT dan identiti jantina.

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending