Connect with us

Antarabangsa

Cuaca panas melampau, sekolah rendah di Bangladesh ditutup

Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.

Wartawan TMT

Published

on

Cuaca panas melampau, sekolah rendah di Bangladesh ditutup
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.
  • Ditambah bekalan elektrik kerap terputus menyebabkan penduduk kepanasan manakala pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa bantuan tidak dapat diberikan ketika ini.
  • Jabatan Meteorologi Bangladesh memberi amaran bahawa tiada petunjuk bahawa cuaca panas di negara itu akan berakhir.
  • Gelombang haba melanda di kebanyakan bahagian Bangladesh, termasuk ibu kota Dhaka, ketika negara itu memasuki kemuncak musim panas, mendorong suhu ke paras rekod tinggi.

DHAKA: Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.

Ini ditambah dengan bekalan elektrik yang kerap terputus menyebabkan penduduk kepanasan manakala pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa bantuan tidak dapat diberikan ketika ini.

Dalam pada itu, suhu maksimum melonjak sejak 10 hari lalu kepada hampir 41 darjah Celsius (105.8 Fahrenheit).

Jabatan Meteorologi Bangladesh memberi amaran bahawa tiada petunjuk bahawa cuaca panas di negara itu akan berakhir.

Sementara itu, para saintis memaklumkan perubahan iklim menyumbang kepada gelombang haba yang lebih kerap, teruk dan lama ketika musim panas.

Gelombang haba melanda di kebanyakan bahagian Bangladesh, termasuk ibu kota Dhaka, ketika negara itu memasuki kemuncak musim panas, mendorong suhu ke paras rekod tinggi.

Pihak berkuasa dijangka mengambil langkah pencegahan selanjutnya jika gelombang haba berterusan.

Advertisement

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending