Terkini
Taksiran murid sekolah rendah berbeza mampu pacu sistem pendidikan negara
Cadangan kerajaan Sarawak untuk memperkenalkan taksiran baharu bagi murid sekolah rendah dilihat dapat memacu sistem pendidikan negara menjadi lebih terbuka dan bersedia menghadapi persekitaran pendidikan yang pesat pada masa kini.
- Cadangan kerajaan Sarawak perkenalkan taksiran baharu bagi murid sekolah rendah dilihat dapat memacu sistem pendidikan negara menjadi lebih terbuka dan bersedia menghadapi persekitaran pendidikan pesat masa kini.
- Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Anuar Ahmad berkata kepelbagaian format pentaksiran bolehkan murid dinilai secara adil, ikut kesesuaian setempat.
- “Misalnya di Kuala Lumpur, mungkin format yang terbaik adalah pentaksiran dalam bilik darjah, tetapi ada negeri dan kawasan terdapat murid terlalu ramai, guru tidak mencukupi atau keadaan setempat yang tidak menggalakkan aktiviti berlaku dalam bilik darjah, ia menjadikan pentaksiran seperti itu kurang berkesan.
- “Maka, format pentaksiran seperti UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) itu mungkin lebih berkesan untuk membuat pentaksiran kemajuan anak-anak kita,” katanya pada program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV, semalam.
- Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Sarawak untuk merangka sistem penilaian sendiri bagi murid tahun enam di semua sekolah kerajaan di negeri itu bagi menilai prestasi sebenar murid yang diumumkan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn pada bulan lepas.
KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan Sarawak untuk memperkenalkan taksiran baharu bagi murid sekolah rendah dilihat dapat memacu sistem pendidikan negara menjadi lebih terbuka dan bersedia menghadapi persekitaran pendidikan yang pesat pada masa kini.
Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Anuar Ahmad berkata kepelbagaian format pentaksiran itu membolehkan murid dinilai secara adil, mengikut kesesuaian setempat.
“Misalnya di Kuala Lumpur, mungkin format yang terbaik adalah pentaksiran dalam bilik darjah, tetapi ada negeri dan kawasan terdapat murid terlalu ramai, guru tidak mencukupi atau keadaan setempat yang tidak menggalakkan aktiviti berlaku dalam bilik darjah, ia menjadikan pentaksiran seperti itu kurang berkesan.
“Maka, format pentaksiran seperti UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) itu mungkin lebih berkesan untuk membuat pentaksiran kemajuan anak-anak kita,” katanya pada program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Sarawak untuk merangka sistem penilaian sendiri bagi murid tahun enam di semua sekolah kerajaan di negeri itu bagi menilai prestasi sebenar murid yang diumumkan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn pada bulan lepas.
Cadangan berkenaan mendapat sokongan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang memaklumkan perkara itu tidak bertentangan dengan dasar pendidikan negara, malah seiring dengan hala tuju Kementerian Pendidikan.
Anuar berkata beliau berpandangan kepelbagaian kaedah pentaksiran juga tidak akan menyebabkan terdapat perbezaan penguasaan ilmu antara kumpulan murid yang dinilai melalui pentaksiran berasaskan sekolah ataupun pentaksiran yang seumpama UPSR.
Beliau bekata ini kerana secara umumnya, matlamat setiap sekolah rendah adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai asas ilmu yang kukuh seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
“Mungkin perkara ini menjadi isu buat masa ini, tetapi saya yakin seperti mana negara lain yang mengamalkan desentralisasi pendidikan, kita akan dapat melihat ia memanfaatkan anak-anak kerana mereka dinilai secara adil berdasarkan keperluan dan kesesuaian di mana sahaja mereka berada,” katanya. — BERNAMA
Sumber: BERNAMA
Terkini
JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
- “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
- Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.
“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.
Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.
Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.
Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.
Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).
Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.
Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR