Connect with us

Antarabangsa

‘Everything Everywhere All At Once’ lakonan Michelle Yeoh adalah filem berkisar LGBTQ

Filem ‘Everything Everywhere All At Once’ lakonan aktres Hollywood berasal dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, adalah filem berkisarkan golongan songsang LGBTQ.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

‘Everything Everywhere All At Once’ lakonan Michelle Yeoh adalah filem berkisar LGBTQ
Foto: Gambar Filem Everything Everywhere All At Once.
  • Pendedahan itu dibuat Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang mengatakan filem tersebut disokong golongan songsang di Amerika Syarikat yang menyifatkannya sebagai filem terbaik kerana menyokong agenda mereka.
  • “Kita tidak menafikan bakat dan sumbangan Tan Sri Michelle Yeoh. Negara kita ada nilai unik yang tersendiri dan PMX juga telah mengatakan bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf kesongsangan.
  • “Saya percaya majoriti rakyat Malaysia yang masih kuat jati diri dan nilai ketimurannya (andai Muslim yang masih faham dan teguh nilai Islamnya) tidak akan berbangga andai adanya anak Malaysia yang memenangi pelakon filem lucah terbaik kerana ianya bertentangan dengan nilai ketimuran serta budaya kita,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.
  • Firdaus berkata setiap agama mempunyai prinsip dan nilai masing-masing di mana jika sesuatu agama itu tidak melarang perbuatan songsang itu, maka ia hak penganut agama tersebut dan begitu juga sebaliknya hak bagi penganut Islam.

KUALA LUMPUR – Filem ‘Everything Everywhere All At Once’ lakonan aktres Hollywood berasal dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, adalah filem berkisarkan golongan songsang LGBTQ.

Michelle Yeoh yang berasal dari Ipoh, Perak, memenangi anugerah Oscar dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik melalui lakonan hebatnya dalam filem Hollywood itu.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata filem itu mendapat sokongan golongan songsang di Amerika Syarikat yang menyifatkannya sebagai filem terbaik kerana menyokong agenda mereka.

“Kita tidak menafikan bakat dan sumbangan Tan Sri Michelle Yeoh.

“Negara kita ada nilai unik yang tersendiri dan PMX juga telah mengatakan bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf kesongsangan.

“Saya percaya majoriti rakyat Malaysia yang masih kuat jati diri dan nilai ketimurannya (andai Muslim yang masih faham dan teguh nilai Islamnya) tidak akan berbangga andai adanya anak Malaysia yang memenangi pelakon filem lucah terbaik kerana ianya bertentangan dengan nilai ketimuran serta budaya kita,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Firdaus berkata setiap agama mempunyai prinsip dan nilai masing-masing di mana jika sesuatu agama itu tidak melarang akan perbuatan songsang itu, maka ia hak penganut agama tersebut.

Bagaimanapun, penganut agama tersebut juga perlu menghormati hak orang Islam yang akan bersuara tentang perkara itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai nilai dan prinsip dalam isu berkenaan, berikutan itu beliau menyeru masyarakat negara ini menjadi warganegara yang menjunjung Perlembagaan dan undang-undang negara.

Filem ‘Everything Everywhere All At Once’ mengisahkan Evelyn Quan (Yeoh), seorang pendatang Cina-Amerika yang mengusahakan kedai dobi bersama suaminya, Waymond Wang (Huy Quan) dan anak perempuan mereka Joy (Stephanie Hsu), yang bermati-matian berusaha hubungannya dengan teman wanitanya, Becky (Tallie Medel) direstui Evelyn. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung – Official, USA TODAY

Author