Connect with us

Terkini

Peniaga dijangka naikkan harga barang jika OPR meningkat

Peniaga dijangka menaikkan lagi harga barangan sekiranya Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.0 peratus, Mac ini.

Wartawan TMT

Published

on

peniaga-dijangka-naikkan-harga-barang-jika-opr-meningkat
Gambar: Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin.
  • Peniaga dijangka menaikkan lagi harga barangan sekiranya OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.0 peratus, Mac ini.
  • Ekonomi dan perniagaan tahun ini sangat mencabar sekiranya OPR dinaikkan lagi, ditambah keadaan perniagaan yang masih dalam proses untuk pulih kembali. – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin
  • “Justeru, peniaga-peniaga sudah tentu akan bergelut untuk membayar pinjaman kepada bank dan itu akan menyebabkan ramai peniaga tertekan dan terpaksa menaikkan harga barangan yang dijual. 
  • “Kenaikan harga barangan itu juga menyebabkan pengguna tertekan selain akan meningkatkan lagi inflasi,” katanya.

PETALING JAYA: Peniaga dijangka menaikkan lagi harga barangan sekiranya Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.0 peratus, Mac ini.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin berkata, ekonomi dan perniagaan tahun ini sangat mencabar sekiranya OPR dinaikkan lagi, ditambah keadaan perniagaan yang masih dalam proses untuk pulih kembali.

“Justeru, peniaga-peniaga sudah tentu akan bergelut untuk membayar pinjaman kepada bank dan itu akan menyebabkan ramai peniaga tertekan dan terpaksa menaikkan harga barangan yang dijual. 

“Kenaikan harga barangan itu juga menyebabkan pengguna tertekan selain akan meningkatkan lagi inflasi,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Sebelum ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus dan mengekalkannya pada mesyuarat MPC pertama tahun ini, namun dijangka dinaikkan 25 mata asas pada bulan depan bagi mengekang inflasi dan menstabilkan pasaran.

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) juga menaikkan lagi kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu, kenaikan kali kelapan sejak Mac tahun lalu.

Tindakan itu sekali gus meletakkan kadar dana persekutuan dalam julat antara 4.5 peratus hingga 4.75 peratus iaitu paras tertinggi sejak Oktober 2007.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, pada tahun ini juga adalah permulaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) di mana tarif akan menurun sehingga kosong peratus. 

Ujarnya, ini akan menyebabkan pengilang di Malaysia menerima tekanan berikutan dolar AS yang meningkat serta kadar faedah dan inflasi yang meningkat sekali gus menyebabkan kos operasi terus menaik. 

“Mereka akan tertekan untuk menurunkan kos supaya mereka lebih kompetitif di dalam dan luar negara di mana CPTPP menyebabkan barangan luar yang masuk ke Malaysia menjadi lebih murah kerana tiada tarif yang dikenakan. 

“Pengusaha-pengusaha besar akan mendapat manfaat daripada perkara itu tetapi pengusaha kecil mungkin akan dipaksa menutup operasi kerana tidak dapat menurun kos operasi. 

“Mahu atau tidak, dalam menghadapi cabaran tahun ini, kami terpaksa mengurangkan kos pengeluaran termasuk membuang sebahagian pekerja supaya boleh bertahan dalam ekonomi yang tidak menentu dan keadaan pasaran yang menurun sementara harga semakin meningkat.

“Jadi kami terpaksa mengurangkan perbelanjaan bagi mengawal kos pengeluaran,” ujarnya. 

CPTPP telah mula berkuat kuasa pada 29 November lalu dan Malaysia telah meratifikasi CPTPP berikutan penyerahan surat cara ratifikasi oleh kerajaan untuk perjanjian itu kepada New Zealand, depositari CPTPP, pada 30 September 2022.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending