Connect with us

Terkini

Ringgit jatuh: Tingkatkan kadar faedah tidak bawa peningkatan kadar pertukaran

Menaikkan kadar faedah tidak boleh membawa kepada peningkatan kadar pertukaran atau sebutan mata wang, demikian menurut Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari University of Science and Technology Malaysia.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari University of Science and Technology Malaysia.
  • Menaikkan kadar faedah tidak boleh membawa kepada peningkatan kadar pertukaran atau sebutan mata wang, demikian menurut Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari University of Science and Technology Malaysia.
  • “Semalam (Ahad), Datuk Seri Anwar kata, ‘adakah kalau kita meningkatkan kadar faedah dia boleh meningkat kadar pertukaran?’ Dan saya berpandangan, tidak. 
  • “Kalau kita naikkan kadar interest kita jadi naik 5 peratus, kadar pertukaran kita pun tidak akan improve menjadi RM4. Sebab kita nak bertanding dengan negara US, iaitu negara besar. 
  • “Kita negara kecil jadi kalau kita cuba berlawan dalam kadar faedah pun kita takkan menang,” katanya kepada The Merdeka Times di sini, semalam.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, apabila nilai ringgit jatuh antara cadangan diberikan ialah menaikkan OPR, namun tindakan itu juga menurutnya boleh menyebabkan kadar faedah untuk pinjaman kenderaan, pinjaman rumah dan pinjaman kepada peniaga kecil meningkat.

KUALA LUMPUR — Menaikkan kadar faedah tidak boleh membawa kepada peningkatan kadar pertukaran atau sebutan mata wang, demikian menurut Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari University of Science and Technology Malaysia.

Katanya, ini kerana Malaysia negara yang kecil berbanding Amerika Syarikat (AS), maka Malaysia tidak akan ‘menang’ jika ingin berlawan dengan negara itu menerusi kadar faedah.

“Semalam (Ahad), Datuk Seri Anwar kata,‘adakah kalau kita meningkatkan kadar faedah dia boleh meningkat kadar pertukaran?’ Dan saya berpandangan, tidak. 

“Kalau kita naikkan kadar interest kita jadi naik 5 peratus, kadar pertukaran kita pun tidak akan improve menjadi RM4. Sebab kita nak bertanding dengan negara US, iaitu negara besar. 

“Kita negara kecil jadi kalau kita cuba berlawan dalam kadar faedah pun kita takkan menang,” katanya kepada The Merdeka Times di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kadar pertukaran yang dikaitkan dengan teori interest parity iaitu kadar pertukaran mata wang ditentukan oleh perbezaan kadar faedah antara Malaysia dengan negara yang ditentukan kadar pertukarannya, contohnya AS. 

Barjoyai Bardai berkata hari ini kadar faedah di AS, Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah lima peratus, sedangkan Malaysia tiga peratus yang menyaksikan perbezaan sebanyak 40 peratus. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dilaporkan sebagai berkata, apabila nilai ringgit jatuh antara cadangan diberikan ialah menaikkan OPR, namun tindakan itu juga menurutnya boleh menyebabkan kadar faedah untuk pinjaman kenderaan, pinjaman rumah dan pinjaman kepada peniaga kecil meningkat.

Perkara itu boleh meningkatkan beban hutang kepada kelompok seperti itu. — The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending