Connect with us

Terkini

Fadhlina dipuji selesai segera isu pelantikan pengawas peperiksaan, warden

Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh berterima kasih kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kerana bertindak pantas menyelesaikan isu pelantikan pengawas peperiksaan dan warden dalam kalangan guru yang dibangkitkan di media sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Fadhlina dipuji selesai segera isu pelantikan pengawas peperiksaan, warden
Foto: Fadhlina Sidek (kiri), Mohd Fadli Salleh (kanan).
  • Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh berterima kasih kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan KPM kerana bertindak pantas menyelesaikan isu pelantikan pengawas peperiksaan dan warden yang dibangkitkan di media sosial.
  • Tindakan pantas menteri itu membangkitkan rasa percaya guru dan ibu bapa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sebelum ini terhakis kerana kelewatan tindakan pihak atasan.
  • “Isu pengawas peperiksaan ini tak masuk pun sesi libat urus. Isu ini tular dan viral di media sosial je tapi dia dengar dia bertindak, power! “ – Mohd Fadli Salleh.
  • Lembaga Peperiksaan (LP) diberi kuasa untuk memilih pengawas peperiksaan dan jawatan itu dibuka kepada penuntut Institusi Pendidikan Guru (IPG), pesara guru dan penjawat awam di mana tiada lagi permasalahan seperti guru dipaksa rela menjalankan tugasan itu, sekali gus menyelesaikan isu terbabit.

KUALA LUMPUR – Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh berterima kasih kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kerana bertindak pantas menyelesaikan isu pelantikan pengawas peperiksaan dan warden dalam kalangan guru yang dibangkitkan di media sosial.

Guru matematik itu berkata tindakan pantas Fadhlina membangkitkan rasa percaya guru dan ibu bapa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sebelum ini terhakis kerana kelewatan tindakan pihak atasan.

Katanya, beliau belum pernah melihat tindakan pantas mahupun perubahan begitu cepat dilakukan mana-mana pemerintah ataupun wakil rakyat (YB) dalam menangani isu pendidikan.

Beliau juga terkejut apabila isu dibangkitkan itu mendapat respon Fadhlina dalam tempoh sangat singkat.

“Isu pengawas peperiksaan ini tak masuk pun sesi libat urus. Isu ini tular dan viral di media sosial je tapi dia dengar dia bertindak, power! 

“Ini menimbulkan trust guru, ibu bapa kepada KPM. Sebelum ini kita dah pudar tahu, kita dah kurang kepercayaan kepada KPM melihat suara-suara kita tidak didengari hanya arahan daripada ‘top’ kepada ‘bottom’.

“Dia (pihak atasan) tak nak dengar suara ‘bottom’ dasar akar umbi. Kali ini power saya terkejut, serius saya tak jangka hari ini terus keluar keputusan kita jangka mereka akan buat kenyataan media dulu ‘oh kita akan teliti tentang tugas pengawas peperiksaan’ contoh tapi tak.

“Terus keputusan padu ah terima kasih YBM Fadhlina Sidek. Kali ini kalian berjaya memenangi hati kami dan tindakan itu yang tepat,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis lalu.

Mohd Fadli berkata susulan perkongsian dibuat beliau berkenaan dua isu dibangkitkan itu, menteri berkenaan mengeluarkan kenyataan media pada hari berikutnya.

Melalui kenyataan media, Fadhlina dilaporkan sebagai berkata  Lembaga Peperiksaan (LP) diberi kuasa untuk memilih pengawas peperiksaan dan jawatan itu dibuka kepada penuntut Institusi Pendidikan Guru (IPG), pesara guru dan penjawat awam di mana tiada lagi permasalahan seperti guru dipaksa rela menjalankan tugasan itu, sekali gus menyelesaikan isu terbabit. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Mohd Fadli Salleh

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *