Terkini
Fadhlina dipuji selesai segera isu pelantikan pengawas peperiksaan, warden
Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh berterima kasih kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kerana bertindak pantas menyelesaikan isu pelantikan pengawas peperiksaan dan warden dalam kalangan guru yang dibangkitkan di media sosial.

- Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh berterima kasih kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan KPM kerana bertindak pantas menyelesaikan isu pelantikan pengawas peperiksaan dan warden yang dibangkitkan di media sosial.
- Tindakan pantas menteri itu membangkitkan rasa percaya guru dan ibu bapa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sebelum ini terhakis kerana kelewatan tindakan pihak atasan.
- “Isu pengawas peperiksaan ini tak masuk pun sesi libat urus. Isu ini tular dan viral di media sosial je tapi dia dengar dia bertindak, power! “ – Mohd Fadli Salleh.
- Lembaga Peperiksaan (LP) diberi kuasa untuk memilih pengawas peperiksaan dan jawatan itu dibuka kepada penuntut Institusi Pendidikan Guru (IPG), pesara guru dan penjawat awam di mana tiada lagi permasalahan seperti guru dipaksa rela menjalankan tugasan itu, sekali gus menyelesaikan isu terbabit.
KUALA LUMPUR – Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh berterima kasih kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kerana bertindak pantas menyelesaikan isu pelantikan pengawas peperiksaan dan warden dalam kalangan guru yang dibangkitkan di media sosial.
Guru matematik itu berkata tindakan pantas Fadhlina membangkitkan rasa percaya guru dan ibu bapa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sebelum ini terhakis kerana kelewatan tindakan pihak atasan.
Katanya, beliau belum pernah melihat tindakan pantas mahupun perubahan begitu cepat dilakukan mana-mana pemerintah ataupun wakil rakyat (YB) dalam menangani isu pendidikan.
Beliau juga terkejut apabila isu dibangkitkan itu mendapat respon Fadhlina dalam tempoh sangat singkat.
“Isu pengawas peperiksaan ini tak masuk pun sesi libat urus. Isu ini tular dan viral di media sosial je tapi dia dengar dia bertindak, power!
“Ini menimbulkan trust guru, ibu bapa kepada KPM. Sebelum ini kita dah pudar tahu, kita dah kurang kepercayaan kepada KPM melihat suara-suara kita tidak didengari hanya arahan daripada ‘top’ kepada ‘bottom’.
“Dia (pihak atasan) tak nak dengar suara ‘bottom’ dasar akar umbi. Kali ini power saya terkejut, serius saya tak jangka hari ini terus keluar keputusan kita jangka mereka akan buat kenyataan media dulu ‘oh kita akan teliti tentang tugas pengawas peperiksaan’ contoh tapi tak.
“Terus keputusan padu ah terima kasih YBM Fadhlina Sidek. Kali ini kalian berjaya memenangi hati kami dan tindakan itu yang tepat,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis lalu.
Mohd Fadli berkata susulan perkongsian dibuat beliau berkenaan dua isu dibangkitkan itu, menteri berkenaan mengeluarkan kenyataan media pada hari berikutnya.
Melalui kenyataan media, Fadhlina dilaporkan sebagai berkata Lembaga Peperiksaan (LP) diberi kuasa untuk memilih pengawas peperiksaan dan jawatan itu dibuka kepada penuntut Institusi Pendidikan Guru (IPG), pesara guru dan penjawat awam di mana tiada lagi permasalahan seperti guru dipaksa rela menjalankan tugasan itu, sekali gus menyelesaikan isu terbabit. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Mohd Fadli Salleh
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN