Connect with us

Terkini

Belanjawan 2023: Unit khusus bawah D11 perangi pornografik kanak-kanak – PM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual membabitkan mangsa wanita dan kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2023: Unit khusus bawah D11 perangi pornografik kanak-kanak - PM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • PDRM melalui Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan bertindak lebih agresif dalam siasat kes-kes seksual membabitkan mangsa wanita dan kanak-kanak. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • “Kerajaan akan turut sediakan RM8 juta bagi perkukuh peranan Pusat Sokongan Sosial Setempat sebagai tempat intervensi awal isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.”
  • “Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan wujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk berikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak,” katanya.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual membabitkan mangsa wanita dan kanak-kanak.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata satu unit khas di bawah D11 akan ditubuhkan khusus untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku yang terbabit.

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan turut menyediakan RM8 juta bagi memperkukuh peranan Pusat Sokongan Sosial Setempat sebagai tempat intervensi awal isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak,” katanya.

Beliau mengumumkan demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author