Connect with us

Antarabangsa

Jerman turunkan kesalahan pemilikan pornografi kanak-kanak daripada jenayah kepada salah laku

Parlimen Jerman mengundi untuk menghapuskan pemilikan bahan penderaan seksual kanak-kanak sebagai kesalahan jenayah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parlimen Jerman mengundi untuk menghapuskan pemilikan bahan penderaan seksual kanak-kanak sebagai kesalahan jenayah.
  • Seksyen pornografi kanak-kanak akan dipinda dari Kanun Keseksaan negara itu, demikian undi Bundestag (Parlimen Jerman) pada Khamis lalu.
  • Sebaik sahaja rang undang-undang itu berkuat kuasa, hukuman minimum memiliki bahan penderaan kanak-kanak akan dikurangkan dan pertuduhan kesalahan jenayah akan menjadi salah laku.
  • “Pemilikan dan pemerolehan boleh dihukum dengan penalti minimum tiga bulan penjara dan pengagihan dengan penalti minimum enam bulan penjara,” kata rang undang-undang itu.
  • Jerman pada 2021 mengklasifikasikan pemilikan pornografi kanak-kanak sebagai jenayah dengan hukuman minimum setahun.

Parlimen Jerman mengundi untuk menghapuskan pemilikan bahan penderaan seksual kanak-kanak sebagai kesalahan jenayah.

Seksyen pornografi kanak-kanak akan dipinda dari Kanun Keseksaan negara itu, demikian undi Bundestag (Parlimen Jerman) pada Khamis lalu.

Sebaik sahaja rang undang-undang itu berkuat kuasa, hukuman minimum memiliki bahan penderaan kanak-kanak akan dikurangkan dan pertuduhan kesalahan jenayah akan menjadi salah laku, lapor WSN memetik Reduxx.

“Pemilikan dan pemerolehan boleh dihukum dengan penalti minimum tiga bulan penjara dan pengagihan dengan penalti minimum enam bulan penjara,” kata rang undang-undang itu.

“Kesalahan yang dikawal selia Seksyen 184b Kanun Jenayah diklasifikasikan sebagai salah laku dan bukan sebagai jenayah”.

Jerman pada 2021 mengklasifikasikan pemilikan pornografi kanak-kanak sebagai jenayah dengan hukuman minimum setahun oleh Menteri Kehakiman Persekutuan, Christine Lambrecht dari Parti Demokratik Sosial.

Pegawai persekutuan dalam rang undang-undang terbabit merasionalkan langkah menyahjenayah itu untuk melindungi ibu bapa dan guru yang memuat turun bahan untuk tujuan memaklumkan kepada polis.

Daripada membuat pengecualian tertentu kepada kanun jenayah untuk menangani kebimbangan ini, parlimen memotong terus bahagian rang undang-undang itu.

Pengerusi kumpulan perlindungan kanak-kanak German Children’s Aid (Deutsche Kinderhilfe – Die ständige Kindervertretung), Rainer Becker memberi amaran tindakan parlimen menyahjenayah bahan lucah mungkin melanggar arahan Kesatuan Eropah yang menganggap semua bahan berkaitan pornografi kanak-kanak sebagai satu kesalahan jenayah berat.

Walaupun rang undang-undang itu mendapat kecaman meluas penganut Kristian dan kumpulan hak kanak-kanak, kumpulan pro-pedofilia mengalu-alukan perubahan itu.

Kumpulan aktivis pro-pedofilia Jerman Krumme-13 (K13) yang digambarkan dalam media Jerman sebagai organisasi “Self-help” untuk golongan “pedofilia” telah mengeluarkan pengumuman kepada ahlinya.

Mereka menawarkan nasihat undang-undang untuk menangani undang-undang sedia ada sehingga rang undang-undang terbaru itu diluluskan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending