Connect with us

Terkini

Kerajaan sedia dengar pandangan semua pihak tambah baik Belanjawan 2023 – PM

Kerajaan sedia mendengar pandangan semua pihak termasuk pembangkang yang mahu supaya Belanjawan 2023 diubah suai khususnya yang berkaitan program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan sedia dengar pandangan semua pihak tambah baik Belanjawan 2023 – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan sedia mendengar pandangan semua pihak, termasuk pembangkang yang mahu supaya Belanjawan 2023 diubah suai khususnya berkaitan program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU Perbekalan 2023 atau Belanjawan 2023 yang kini dalam fasa perbahasan peringkat dasar di Dewan Rakyat mungkin ada bahagian yang belum sempurna.
  • “Belanjawan tentunya tidak mungkin sempurna. Sebab itu kita dengar, baik pembangkang dan mana-mana gesaan dan pandangan yang munasabah, kita boleh terima dan ubah suai.
  • “Kalau tidak tahun ini, tahun depan,” kata Anwar dalam ucapan pada Majlis Perhimpunan MOF bersama Menteri Kewangan dan Perdana Menteri di sini hari ini.

PUTRAJAYA : Kerajaan sedia mendengar pandangan semua pihak termasuk pembangkang yang mahu supaya Belanjawan 2023 diubah suai khususnya yang berkaitan program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Belanjawan 2023 yang kini dalam fasa perbahasan peringkat dasar di Dewan Rakyat mungkin ada bahagian yang belum sempurna.

“Belanjawan tentunya tidak mungkin sempurna. Sebab itu kita dengar, baik pembangkang dan mana-mana gesaan dan pandangan yang munasabah, kita boleh terima dan ubah suai.

“Kalau tidak tahun ini, tahun depan,” katanya yang turut memaklumkan akan menggulung RUU Perbekalan 2023 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perhimpunan MOF bersama Menteri Kewangan dan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Menyentuh ikhtiar kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar menerusi Belanjawan 2023 yang dipersoal pihak tertentu kononnya tidak islamik dan praktikal, Anwar berkata ia satu pandangan yang mengelirukan.

“Ada yang menyanggah kononnya dalam Islam itu tidak ada kebenaran bahawa kita harus dan mampu membasmi kemiskinan. Kerana kalau tidak, zakat mahu bayar kepada siapa kalau tiada orang miskin.

“Ini pandangan yang amat mengelirukan. Kalau saya ketua pembangkang, saya gasak (jawab) besar (lebih) sikit. Tapi kerana Perdana Menteri (tidak boleh lakukan),” katanya.

Ketika membentangkan Bajet 2023 pada 24 Februari lalu, Anwar mengumumkan iltizam kerajaan menjadikan 2023 tahun menoktahkan kemiskinan tegar, menerusi pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

Mengulas lanjut Anwar berkata, mengambil contoh pentadbiran dibawa Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau sudah memulakan satu yang mengejutkan dalam pentadbirannya yang boleh dijadikan ikutan pada hari ini.

“Dia mewarisi satu politik yang stabil (tetapi) kalau kita ambil tindakan keras, (akan) pecah belah negara ini. Tanggungjawab pertama kerajaan adalah menjaga keamanan.

“Kestabilan politik adalah keutamaan, kemudian membangunkan negeri, barulah kita bertapak untuk mengambil tindakan pelaksanaan yang lain. Itu contoh tadbir urus dalam Islam oleh Umar Abdul Aziz,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending