Connect with us

Terkini

Cukai barangan mewah ambil kira kepentingan terbaik untuk rakyat

Cukai barangan mewah yang dicadangkan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 kini sedang diteliti dengan menekankan kepada kepentingan yang terbaik untuk rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Cukai barangan mewah ambil kira kepentingan terbaik untuk rakyat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Che Nazli Jaapar berkata kerajaan masih mengkaji amalan terbaik cukai itu di negara lain dan bagaimana ia boleh dilaksanakan di Malaysia.
  • “Apakah jenis item, kategori barangan, had ambang dan bagaimana kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai, adakah akan ada perundangan baharu untuk cukai barangan mewah tertentu atau adakah kerajaan akan mempertimbangkan cukai ke atas cukai sedia ada, sebagai contoh, eksais cukai jualan?
  • “Libat urus lanjut dengan industri, peruncit, pengilang dan juga sektor pelancongan harus dijalankan kerana kita tidak mahu industri itu menderita apabila kita melaksanakan cukai tersebut,” katanya pada seminar Belanjawan 2023 di sini pada isnin.

KUALA LUMPUR – Cukai barangan mewah yang dicadangkan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 kini sedang diteliti dengan menekankan kepada kepentingan yang terbaik untuk rakyat.

Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Datuk Che Nazli Jaapar berkata kerajaan masih mengkaji amalan terbaik cukai itu di negara lain dan bagaimana ia boleh dilaksanakan di Malaysia.

“Apakah jenis item, kategori barangan, had ambang dan bagaimana kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai, adakah akan ada perundangan baharu untuk cukai barangan mewah tertentu atau adakah kerajaan akan mempertimbangkan cukai ke atas cukai sedia ada, sebagai contoh, eksais cukai jualan?

“Libat urus lanjut dengan industri, peruncit, pengilang dan juga sektor pelancongan harus dijalankan kerana kita tidak mahu industri itu menderita apabila kita melaksanakan cukai tersebut,” katanya pada seminar Belanjawan 2023 di sini.

Che Nazli berkata kerajaan komited untuk memenuhi keperluan rakyat dan memastikan orang awam tidak dibebani dengan sebarang cukai baharu.

Berikutan dengan cadangan cukai barangan mewah, pakar-pakar cukai berpendapat kerajaan perlu mentakrifkan makna “mewah” mengikut keperluan Malaysia sendiri.

Timbalan Presiden Institut Percukaian Bertauliah, Soh Lian Seng berkata setiap negara menumpukan kepada item yang berbeza untuk dikenakan cukai, contohnya China, yang mengenakan cukai barangan mewah ke atas barangan seperti kosmetik, beg dan minuman keras, Taiwan (kereta penumpang, jet peribadi, helikopter), Indonesia (kediaman mewah, pesawat, kenderaan bermotor), dan Korea Selatan seperti barangan kemas dan kamera.

“Oleh itu, apakah yang boleh ditakrifkan sebagai barangan mewah di Malaysia? Dari sudut pandangan pengamal cukai, saya boleh berkongsi dua senario, satu ialah cabaran sama ada barangan yang diimport akan tertakluk kepada duti import atau cukai jualan.

“Jika ya, maka ia bergantung pada kod sistem terharmoni (HS code). Menambah kod sedia ada atau kadar sedia ada untuk kelas-kelas barangan tertentu, mungkin ia tidak begitu mudah. Jadi, persoalannya di sini adakah keperluan itu akan memberi kesan kepada prosedur kastam semasa?” katanya.

Soh berkata dalam senario kedua pula, adakah kerajaan akan mempertimbangkan cukai barangan mewah untuk dikenakan dalam bentuk cukai jualan di peringkat peruncit?

Bermula 1 April, 2023, semua penjual berdaftar akan dikenakan cukai jualan berkadar rata 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah (LVG) yang diimport ke Malaysia. Semua barang bercukai yang dikilang secara tempatan atau barang yang diimport ke Malaysia dari luar negara adalah tertakluk kepada cukai jualan.

“Peruncit dikehendaki mendaftar untuk cukai jualan ke atas LVG,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan telah mengenal pasti bahawa cukai mewah akan dikenakan ke atas item dengan nilai tertentu, contohnya, jam tangan mewah dan barangan fesyen.

Soh berkata industri juga menantikan petunjuk yang lebih jelas tentang cadangan cukai keuntungan modal mulai 2024.

Pada masa ini, cukai keuntungan modal Malaysia dikenakan kepada cukai keuntungan harta tanah (RPGT) atas keuntungan daripada pelupusan hartanah (mana-mana tanah yang terletak di Malaysia dan sebarang kepentingan, opsyen atau hak lain dalam atau ke atas tanah tersebut), termasuk saham dalam syarikat hartanah.

Che Nazli, bagaimanapun berkata, tiada cukai dua kali perlu dikenakan ke atas pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat.

“Bagi menangani lambakan saham tidak tersenarai syarikat sebelum tempoh penguatkuasaan, mungkin, kita harus membenarkan sebarang pelupusan atau laporan pelupusan saham tidak tersenarai atau pemerolehan saham tidak tersenarai sebelum 2023 untuk dipertimbangkan sebagai RPGT,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53.
  • Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
  • Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
  • Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
  • Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
  • Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.

Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.

Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.

Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.

Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.

Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending