Terkini
Persatuan peruncit gesa kaji semula cadangan cukai barangan mewah
Persatuan peruncit-peruncit utama tempatan secara kolektif menggesa kerajaan memikirkan semula dan menarik balik cadangan bagi mengenakan Cukai Barangan Mewah.

- Persatuan peruncit-peruncit utama tempatan menggesa kerajaan memikirkan semula dan menarik balik cadangan bagi mengenakan Cukai Barangan Mewah
- Mengenakan Cukai Barangan Mewah mungkin menjadikan harga di Malaysia tidak kompetitif dan berkemungkinan menghalang ketibaan pelancong, menurut satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh persatuan-persatuan pada hari ahad.
- “Ini adalah cadangan yang merugikan – kehilangan ketibaan pelancong asing dan kehilangan rakyat Malaysia daripada membeli dalam negara, ditambah pula dengan kehilangan pertukaran asing.
- “Barang-barang besar seperti kereta sukan, motosikal lumba, kapal layar dan kapal terbang boleh dipertimbangkan,” kata mereka.
KUALA LUMPUR: Persatuan peruncit-peruncit utama tempatan secara kolektif menggesa kerajaan memikirkan semula dan menarik balik cadangan bagi mengenakan Cukai Barangan Mewah.
Mengenakan Cukai Barangan Mewah mungkin menjadikan harga di Malaysia tidak kompetitif dan berkemungkinan menghalang ketibaan pelancong, menurut satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh persatuan-persatuan semalam.
Selain itu, ia akan menjadikan rakyat Malaysia tertarik untuk membeli di luar negara dan menyebabkan berlakunya pengaliran wang keluar negara, kata mereka.
“Ini adalah cadangan yang merugikan – kehilangan ketibaan pelancong asing dan kehilangan rakyat Malaysia daripada membeli dalam negara, ditambah pula dengan kehilangan pertukaran asing.
“Walaupun mekanisme boleh direka untuk pelancong asing menuntut balik cukai barangan mewah itu, rakyat Malaysia pula akan tertarik untuk membeli-belah di luar negara.”
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Persatuan Pusat Beli-belah Malaysia, Persatuan Pelancongan BBKLCC Kuala Lumpur, Persatuan Peruncit Jalan Batu, Pertubuhan Peruncit Bumiputra, Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia, Industries Unite, Persatuan Peruncit Malaysia, dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia.
Mereka mengatakan hanya produk mewah yang harganya sangat mahal sepatutnya mencukupi untuk memenuhi kriteria (cukai barangan mewah) jika falsafah ekonomi adalah untuk mengenakan cukai kepada orang kaya.
“Barang-barang besar seperti kereta sukan, motosikal lumba, kapal layar dan kapal terbang boleh dipertimbangkan,” kata mereka, sambil menambah pendekatan holistik harus diambil yang akan mengimbangi antara risiko dan ganjaran serta kesan pengganda melalui aktiviti perniagaan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam Belanjawan 2023, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini, dengan nilai tertentu terhad kepada jenis barangan, termasuk jam tangan dan barangan fesyen bagi meningkatkan hasil negara. – BERNAMA
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas